Along Tengok Jet Dari Dekat

Mama ingat-ingat lupa bila tarikh kita pergi Hari Terbuka TUDM ni.. tak silap mama tahun 2009 rasanya. Masa ni la kita boleh tengok live jet-jet dari dekat dan juga pertunjukan udara. Uci tok pun ikut sama. Umur along masa ni baru 1 tahun lebih. Simpan sini buat kenangan ✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈

Kak Ya Melangkah Ke Alam Persekolahan

Kak Ya melangkah ke darjah 1 pada tahun 2018. Masuk sekolah yang sama dengan Along, SK Seri Sentosa. Berbeza dengan Along, Kak Ya ni berani sikit. Tak menangis. Mama cuma temankan di sekolah hari pertama saje, observe waktu masuk kelas, waktu rehat dan waktu balik sekolah naik van. Hari yang berikutnya mama hanya pantau dari…

Jalan-jalan Tepi Pantai Jerejak

Kenangan ni pada tahun 2012. Along dan Kak Ya masa tu masing-masing umur 4 tahun dan 1 tahun lebih. Masa ni Tok, Uci, Uci cik, cikda, cik Adawiyah, Cik Anis, Cik Bella, Abg Fikri datang rumah kita jalan-jalan di Penang. Masa tu kita duduk di Tasek Permai. Kita bawak diorang jalan-jalan cari makan di Pantai…

Ahli Keluarga Baru

Mama jumpa Rora secara tak sengaja sebenarnya. Kebetulan di pejabat mama ada seekor ibu kucing ni baru melahirkan, dan mama suka sangat dengan seekor anak kucing tu, matanya betul-betul memikat. Tapi disebabkan anak kucing ni ada mamanya, mama tak sampai hati nak bawak balik ke rumah. So mama just bagi makan dan belai anak kucing…

Sand & Beach

Kalau di kira memori kita sekeluarga di pantai dan laut, memang la sangat banyak. Rasanya seperti juga family orang lain, family kita juga tak terkecuali amat menggemari aktiviti percutian atau santai di tepi pantai. Anak-anak dan air memang sinonim dengan keseronokan. Kalau mama abah tanya anak-anak semua nak bercuti mana, mesti anak-anak mama akan tanya,…

Kenangan Trip Penang-Kuala Kangsar-Bukit Tinggi-Putrajaya-KL-Penang (25.12.2013-28.12.2013)

Sedang mama skrol FB mama, mama dapat notification memories trip kita sekeluarga ke Bukit Tinggi, Pahang. Terimbau terus kenangan kita sekeluarga ke sana, antara trip yang paling best mama rasa dalam kebanyakan vacation yang kita pernah pergi. Terlintas pulak mama nak catitkan dalam blog ni untuk simpanan kenangan. Sedikit sebanyak mungkin ada details yang mama…

Happy National Day, Malaysian!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61 untuk tanahair kita yang tercinta ini! Beberapa hari lepas aku berkesempatan menonton video ini. Aku akui, hati ini tersentuh dengan mesej yang cuba disampaikan di dalam video ini. Memori semasa zaman persekolahan menerpa di ingatan. Terasa baru sahaja meninggalkan zaman itu, tetapi bila dihitung semula, sudah 21 tahun meninggalkan…