Mama jumpa Rora secara tak sengaja sebenarnya. Kebetulan di pejabat mama ada seekor ibu kucing ni baru melahirkan, dan mama suka sangat dengan seekor anak kucing tu, matanya betul-betul memikat. Tapi disebabkan anak kucing ni ada mamanya, mama tak sampai hati nak bawak balik ke rumah. So mama just bagi makan dan belai anak kucing di ofis je.

Cute kan…adorable sangat mata yang bluish grey tu

Then, satu hari tu di bulan Julai 2020 mama datang kerja, ada sorang staf tu tengah jaga seekor anak kucing yang menggigil ketakutan. Rupanya sama seperti anak kucing yang mama suka tu. Staf tu kata, dia jumpa anak kucing ni dalam parit depan ofis, so dia mandi dan bersihkan anak kucing tu dan bagi pada mama kucing yang baru melahirkan tu. Tapi malangnya mama kucing tu, marah dan cakar anak kucing malang tu. Kesian. Dipendekkan cerita, mungkin anak kucing yang jatuh dalam parit ni bukan anak kepada mama kucing tu. Sebatang kara lah dia. Ada staf dok pujuk mama supaya bawak kucing ni balik sebab takde siapa nak jaga dia. Kesian mama tengok. Mama pun bincang dengan abah, dan abah kata, oklah bawakla balik kucing tu. Rupanya pulak lebih kurang sama dengan anak kucing yang mama suka di ofis tu.

Masa mama bawak balik anak kucing tu, punyalah Ya dengan along terkejut. Sebab selama ni mama abah tak berapa nak bagi korang semua bela kucing. Petang yang sama, kita semua pergi kedai pet beli semua kelengkapan asas untuk anak kucing ni. Bincang punya bincang, kita namakan dia Aurora…

Inilah rupa dan keadaan Rora masa kita ambil dia ke dalam keluarga kita. Samakan dengan rupa anak kucing yang mama suka tu..
Masa ni Ya tengah cleaning cage Rora

Bila bela pet ni, kita kena ambil tau keadaan kesihatan dia, antaranya pastikan dia di vaksin. Masa bawak Rora vaksin, vet tu kata umur Rora dalam lingkungan 2 bulan. So kemungkinan besar Rora lahir pada Mei 2020. So kita anggap je la DOB Rora 1.5.2020.

Alhamdulillah Rora ni kucing yang senang sangat di urus dan tak menyusahkan kita sekeluarga. Senang nak potty train, tak pernah kencing berak merata, jarang sakit cumanya Rora ni kucing yang tak berapa suka cuddle macam kucing lain. Tapi dia suka dimanja, dibelai dan suka duduk di mana kita sekeluarga melepak, dia akan ada di situ. Cumanya dia tak suka didukung, dipeluk dan dicium… πŸ˜†

Satu lagi perangai Rora ni, dia ni ada stranger anxiety dari kecik sampai la besar. Family kita ni suka berjalan makan angin dan balik kampung. So kena tinggalkan Rora boarding di Cat Planet Hotel. Setiap kali stay sini, Rora akan takut dan bila balik ke rumah, Rora akan demam… aduhai…rora…rora.. πŸ˜…

Dari segi bab makanan pulak, initially dia macam picky eater. Semua branded food dia tak berapa suka dan tolak. Lepas cuba sana sini, rupanya Rora suka dry food brand Cutiez Cat je. Senang betul jaga dia ni 😊

Ni masa first time hantar Rora boarding

Muka ketakutan kena tinggal πŸ˜₯

Masa ni Rora demam kuat jugak lepas balik boarding

Tapi most of the time, Rora tetap adorable in her own ways… 😍

Suka tidur sekatil dengan Haikal masa dia kecik…konon2 anak baby mama ler tu πŸ˜†

Dia buat katil Haikal macam katil dia sendiri 🀣

Waktu siang, dia akan nap di mana-mana sahaja dia suka

Active dan playful jugak

We love you Rora !!!!

😻😻😻😻😻😻😻😻😻😻

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s