Pagi semalam kita berlima pergi mendaki Bukit Limau! Lama betul tak kesana sejak PKP dan tutup border negeri. Bukit Limau ni dekat je dengan rumah kita, di area Bandar Baharu, cuma bukit ni duduk dalam negeri Kedah.
Kita sampai dalam pukul 9.15 pagi. Tak ramai nampaknya orang yang datang waktu ni. Adalah nampak 3 biji buah kereta yang parking di bawah.
Kita semua hanya ambil light snack/breakfast je sebab nak jimat masa. Plan nak brunch je terus masa dah turun bukit nanti.
Dah menaiki bukit dan semakin memasuki kawasan hutan dan pokok-pokok, rasa sejuk dan teduh la sikit.
Sengaja abah ajak anak-anak semua keluar mendaki pagi-pagi ni, bagi keluar peluh-peluh dan cergaskan otot-otot badan yang dah mengeras tu š Sesekali masuk hutan melihat kehijauan.
Haha… kesian abah.. kena carry haikal sepanjang jalan. Berat jugak tu! Nasib baik la Haikal tak jenis tembam sangat š
Apa yang mama perasan, sejak awal berjalan lagi, kiri dan kanan jalan telah ditutup dengan zink oleh tuan punya ladang limau di sepanjang bukit ini. Dulu jalan ni tak di tutup, jadi pemandangannya lebih cantik. Sekarang tak dapat nak menikmati pemandangan di sebalik zink penghadang tu. Dengar cerita, owner kebun limau ni terpaksa letak penghadang kerana ada orang yang tidak bertanggungjawab selalu memetik limau di kebunnya tanpa izin ketika melalui kebun. Ish, tak baik la buat macam tu..
Track lama kelamaan makin tinggi. Semua pakat tercungap-cungap..haha… tapi ok je.. pelan-pelan jalan, dan jaga pernafasan.
Masa ni, kita dah 3/4 perjalanan. Tak lama lagi nak sampai ke destinasi. Abah mama pujuk Haikal untuk sambung berjalan sebab tak lama lagi nak sampai ke puncak.
Lebih kurang 30 minit pendakian kita dah sampai ke puncak
Dah lepak-lepak sekejap, kita pun turun semula ke bawah… Nak turun pun challenging juga sebab masa ni kena jaga lutut dan tapak kaki. Tips abah bila menurun jalan yang curam, jalan secara zig-zag supaya tak bagi tekanan sangat pada kaki dan lutut. Dalam masa lebih kurang 20 minit, kita dah sampai ke bawah, alhamdulillah.
Fuh, berbaloi!! Nanti kita naik bukit lain pulak
š£š£š£š£š£š£š£š£š£š£