Sempena public holiday CNY yang panjang kita semua sudah merancang untuk jalan-jalan bercuti ke KL sambil melawat Cik Su sekeluarga di samping family gathering di sana. Tokmi, tok abah dan family Cik Sa pun ada. Semalam 29.1.22 kita sampai rumah Cik Su dari Penang. Perjalanan kita jadi delay sebab tersangkut dengan ‘jam’ selama lebih kurang 2 jam di highway Simpang Pulai – Gua Tempurung disebabkan kemalangan sebuah treler.
Hari ini (30.1.22) seperti yang di rancang oleh abah dan Cik Su, kita pergi melawat Planetarium Negara (PN). Ini bukan sahaja pengalaman pertama anak-anak mama, tapi juga pengalaman pertama mama ke sini. Sudah pastinya pengalaman yang mengujakan Haikal sebab dia sangat minat dengan ‘solar system’.
Setibanya di PN, orang dah mula beratur panjang untuk mendapatkan tiket masuk ke PN. SOP Covid menyebabkan lagi lama la kita perlu beratur sebab restriction jumlah kemasukan pelawat pada satu-satu masa.
Bahagian pertama yang kita masuk adalah Teater Angkasa. Bentuk ruang teater ni unik sebab kita semua akan nampak imej di layar skrin di bahagian kubah. Kerusi teater ni pun di pasang dalam keadaan kita seperti berbaring untuk melihat ke atas langit..haaa gitu… boleh bayang tak??
Teater angkasa ni memakan masa lebih kurang 15 minit rasanya. Lepas layan teater, baru la kita tour PN di bahagian-bahagian pameran yang lain.
Antara bahan pameran yang amat Along dan Kak Ya excited nak tengok ialah batu meteorit. Selama ni dengar sahaja, tapi tak pernah tengok secara dekat. Bukan boleh tengok sahaja, tapi boleh pegang jugak !
Jom kita tengok lagi gambar-gambar di beberapa tempat yang menarik di dalam PN ini.

Di dalam PN ni jugak, ada satu bilik kecil yang katanya simulasi kepada keadaan anti graviti. Kami manage masuk dan merasai pengalaman bilik anti graviti ni. Pening-pening lalat jugak la rasanya berjalan dalam zon ni š
Ok, section yang terakhir ni, memang yang paling best especially untuk mama dan Kak Ya. Kami ambil cabaran masuk ke dalam Space Pod (SP). Mama bayangkan, masuk SP ini ibarat simulasi menaiki SP, rupa-rupanya naik SP ni lebih kepada feeling enjoy naik roller coaster angkasa melalui kesemua planet dalam solar system kita!! Memang naik SP ni, mama dan Kak Ya berpusing 3600 !! Salute pada Kak Ya sebab dia memang berani. Dia punya adrenaline rush masa sepanjang naik SP ni memang tinggi baq hanggggg š
SP tu adalah segmen terakhir lawatan kita di PN. Balik rumah Cik Su, memang semua keletihan. Kita semua recaj energy petang tu, sebab malam tu pulak Cik Su bawak kita dinner di Laman Melati Ikan Bakar.
Ok, kita wrap up dulu kisah journey kita untuk hari ini. Esok kita sambung kisah jalan-jalan kita part 2 pulak!
šššššššššš