Lokasi lawatan kita di hari ke-2 staycation kita (31.1.22) ialah bertumpu di Menara Kuala Lumpur (MKL). 28 tahun yang lalu ( umur mama 14 tahun), masa mama melawat Menara KL ni takde attraction lain di sekitar MKL ni, hanya menara semata-mata. Sekarang rupanya banyak tempat attraction menarik selain daripada MKL itu sendiri. Antaranya ada Rumah Terbalik, Mini Zoo, Blue Coral Aquarium.

Kita sampai awal jugak pagi tu, jadi sempat beratur untuk tiket sebelum MKL dibuka pada jam 11am. Family kita adalah yang kedua awal masuk ke Observation Deck pada hari tu 😁. Awal kan? Lengang lagi kat atas tu. Suasana di Observation Deck tak banyak perubahan berbanding masa mama ke sana 1994 dulu, cuma bangunan pencakar langit hampir memenuhi segenap penjuru KL. Yang terbaru, Menara Merdeka 118 dah kelihatan berhampiran MKL. Jom imbas kembali momen-momen kita di sana…

KLCC

Menara 118 yang hampir siap

Family photo berlatarbelakangkan MKL

Selepas MKL, next stop kita pulak ialah di Rumah Terbalik. Kalau di Penang, terkenal dengan 3D museum. Alhamdulilah, masa kita sampai, tak ramai lagi orang yang datang berkunjung.

Welcome to the world of upside down

Susun atur perabot dalam rumah ni semuanya secara terbalik. Gambar yang mama share ni adalah yang post edit supaya nampak kita yg terbalik. Nak tengok hasilnya?

Bergambar di halaman Rumah Terbalik

Abah bergambar dengan pengarah filem dan pelakon Aziz M. Osman

Ok…jom kita pergi ke next stop kita pulak, tempat favourite anak-anak mama, apa lagi kalau bukan petting zoo!

Haaa ini dia mini zoo di Menara KL

Di mini zoo ni, kita dapat tengok dan feeding beberapa jenis haiwan, yang kebanyakannya bersaiz comel-comel saje. Ada yang rare, dan ada yang dah biasa kita tengok. Jom imbau balik momen-momen kita di sana!

hahhaa…. mama pun laaaa

It’s feeding time!

Dah penat melawat 3 tempat in a row, kita pun balik berehat dulu sebab sebelah malam kita nak pergi melawat 1 attraction baru di center KL. Haaa apa dia…tunggguuuuu.

Malam itu kita dinner di rumah ayah ngoh dan cik ngoh. Lama betul tak jumpa semua orang, hampir 2 tahun disebabkan PKP.

Dinner tak penting, meet and greet tu yang buat seronok

Selesai ziarah, ayah cik dan cik sa jadi tour guide kita ke next spot yang menarik especially di waktu malam iaitu Pintasan Saloma.

Apa Pintasan Saloma ni

Disebabkan malam tu ada malam makan besar CNY, ramai betul orang yang datang!! Kita ambik spot yang paling hujung sekali nak dapat angle pemandangan yang cantik. Hasilnya dapat la beberapa gambar di dalam kekalutan orang yang ramai πŸ˜†

Panorama malam di Pintasan Saloma

Fuhhhh…padat betul program jalan-jalan kita hari kedua ni. Esoknya nak balik Penang dah. Apa-apa pun, trip ini walaupun singkat, tetap enjoy!!

🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈🌈

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s