Kalau di kira memori kita sekeluarga di pantai dan laut, memang la sangat banyak. Rasanya seperti juga family orang lain, family kita juga tak terkecuali amat menggemari aktiviti percutian atau santai di tepi pantai. Anak-anak dan air memang sinonim dengan keseronokan.
Kalau mama abah tanya anak-anak semua nak bercuti mana, mesti anak-anak mama akan tanya, hotel ada kolam tak? ada laut tak? Jadi, ciri-ciri wajib mama abah nak pilih hotel, mesti ada aktiviti kolam atau pun pantai.
Ini adalah sejumlah kenangan yang mama dapat cari, momen-momen kita di tepian pantai dan laut

Momen-momen di Pulau Pangkor π
Mama abadikan di sini mana-mana kenangan kita sekeluarga. Mama teringin nanti nak bawak anak-anak mama glamping di mana-mana chalet/resort di dalam suasana hutan pulak. Kita tunggu Haikal dah besar sikit nanti. Kalau glamping dalam suasana hutan ni, adventure sikit.
ππππππππππ