Sedang mama skrol FB mama, mama dapat notification memories trip kita sekeluarga ke Bukit Tinggi, Pahang. Terimbau terus kenangan kita sekeluarga ke sana, antara trip yang paling best mama rasa dalam kebanyakan vacation yang kita pernah pergi. Terlintas pulak mama nak catitkan dalam blog ni untuk simpanan kenangan. Sedikit sebanyak mungkin ada details yang mama tak ingat, maklumla peristiwa 8-9 tahun lepas. Along masa tu baru umur 5 tahun, kak ya 2 tahun.
Tempat pertama yang kita singgah dulu sebelum ke Pahang adalah ke Kuala Kangsar. Mama pun tak berapa ingat kenapa kita singgah ke sana, maybe singgah untuk lunch sambil mencari benda-benda favourite abah. Kita singgah lepak di pesisiran Sungai Perak masa tu.

Selepas itu kita semua meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi, Pahang. Memandangkan dah sampai lewat petang, kita terus checked in di Nora Lodge. Banyak gambar kita di Nora Lodge yang takde, mama cuma jumpa beberapa keping sahaja. Nanti mama letak gambar keadaan di Nora Lodge tu hasil dari google di internet ye..heheh. Kawasan penginapan Nora Lodge ni tak luas pun. Lodge ni lebih kepada suasana pondok di lereng bukit. Apa yang bestnya di sini, suasana di kelilingi hutan nan hijau, cuaca yang sejuk di lereng bukit especially sewaktu awal pagi. Rasa macam duduk dalam kampung tepi bukit. Makanan di sini tak la mewah macam di cafe hotel, tapi kita boleh request menu-menu simple macam nasi goreng dan di hantar ke pintu pondok kita. Memang sempoi. Ada juga menara tinjau untuk kita naik dan lihat pemandangan hijau bukit di sekeliling kawasan ni.


Next day tu, 26.12.2013 kita mulakan trip kita ke tempat yang menjadi trademark Bukit Tinggi, apa lagi kalau bukan Colmar Tropicale. Bangunannya ala-ala berada di France gitu… Kita semua sempat sightseeing kawasan di sekitar resort yang terkenal tu.
Lepas meninjau Colmar Tropicale, kita pergi menyinggah Botanical Garden dan Japanese Village. Tadi kita rasa seperti berada di France, di sini kita rasa seperti berada di Jepun.
Habis pusing Japanese Village ni, kita bergerak pula ke Rabbit Park dan Rabbit Farm. Tempat ni lebih kepada petting zoo. Kita boleh upclose and personal dengan binatang dalam tempat ni. Yang mama ingat, kita sempat bagi feeding dan bermain dengan rusa dan arnab. Tempat dia tak besar pun. Tak sure sekarang ada lagi ke tempat ni. Dengar cerita, dah tak well-maintained.
Dah habis melawat tempat-tempat ni, hari dah lewat petang. Destinasi seterusnya ialah kerumah Cik Sa dan Ayah Cik di Putrajaya. Kita bermalam di rumah Cik Sa malam itu. Cik Sa pun ada plan program berjalan-jalan dengan kita semua keesokkannya (27.12.2013) di sekitar Kuala Lumpur. Kita sempat berjalan-jalan di Aquaria, KLCC tapi tak sempat nak meronda shopping mall KLCC sebab along mengamuk nak balik sebab mengantuk.. ๐
Next day tu kita dah kena balik Penang (28.12.2013) dah. Sebelum balik ke Penang, kita dan family Cik Sa singgah makan di restoran nasi padang di KL, Puti Bungsu Batam. Tak tau la restoran ni masih wujud lagi ke sekarang…
Kenangan masa anak-anak kecil ni memang manis dan seronok bila di kenang balik. Sebab itu mama abadikan di blog ni. โค