Sejak PKP, lama kita sekeluarga tak keluar beriadah mengeluarkan peluh waktu petang-petang hujung minggu. Seminggu ni Haikal kerap pulak request mintak pergi taman permainan/padang nak main bola atau gelongsor. Tambah pulak dia asyik tengok mama pakai kasut sukan workout dalam rumah, beria dia nak pakai kasut sukan dia.

Petang tadi sempatlah kita luangkan masa kejap pergi ke padang permainan di Taman Berjaya tu. Haikal nak main gelongsor, kak Ya nak bawak racquet nak main badminton, along nak main buai. Mama pun dah siap kerja referal COVID-19, jadi boleh la keluar petang ni.

Sampai saje di padang, kita semua pakat nak main badminton. Gilir-gilir main sebab racquet tak cukup. Jadilah, buat seronok-seronok.

Mama sparing dengan kak Ya, along dengan Haikal

Haikal tunjuk skill hayun pukulan … boleh tahan jugak dia, ada bakat terpendam

Lihatlah gaya abah dan anak ni…macam dalam tournament.. heheh

Fuhh, boleh tahan backhand Haikal, along ready je nak tangkis

Seronok masing-masing dapat main. Ok lain kali, kita gi riadah lagi petang-petang macam dulu. Gi playground, daki bukit, kayuh basikal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s