Kalau anak-anak mama nak tau, kita pernah juga ada family vacation dengan tokmi dan tok abah. Family trip ke Langkawi ni antara yang mama ingat kita pernah pergi bersama sebab selalunya kita jarang dapat berkesempatan vacation luar dari Kelantan dengan diorang. First time vacation ialah pada 26.12.2011. Dah lama juga kita tak bercuti bersama-sama dengan diorang. Last yang mama ingat, yang paling recent adalah ke Pulau Pangkor, itu pun dah beberapa tahun lepas. Nanti mama share cerita tu dalam post yang lain. Kali ni mama cerita kisah ke Pulau Langkawi.

Along dan Kak Ya kecik lagi masa tu. Along umur 3 tahun dan Kak Ya baru je umur 5 bulan. Masa tu ayah ngoh pun join sekali trip ni. Masa tu ayah ngoh bujang lagi.

Masa ni kita singgah lunch di R&R, tokmi masak buat bekal

Kak Ya atas ribaan ayah ngoh

Sebaik selesai lunch tu, kita bergerak meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis, ke Jeti Kuala Perlis. Naik feri ke Langkawi.

Ish ish chubbynya pipi tu 😚
Kita bergambar di depan Jeti Kuala Perlis
Menanti ketibaan feri yang akan ke Pulau Langkawi. Semua pakat kebosanan πŸ₯±

Ini cara along hilangkan bosan….berposing! πŸ˜‚

Posing lagi…dan lagi… 😁

Mama takde gambar semasa di dalam feri. Tak snap kot, mama pun dah lupa. Di Langkawi kita stay di sebuah homestay di tepi laut. Mama tak ingat nama homestay tu.

Ni gambar kita semua lepak-lepak berehat di homestay tu. Tok abah tengah main dengan kak Ya πŸ₯°

Banyak jugak tempat yang kita lawat di Langkawi cuma tak terabadikan dengan kamera (ataupun hilang??) Seingat mama kita ada pergi Makam Mahsuri, Underwater World, Pekan Kuah, Duty Free Shop dsb. Ini antara gambar yang mama jumpa waktu kita dalam kenderaan sewa jalan-jalan pusing Langkawi.

Ada satu petang tu, abah bawak kita bersiar-siar di tepi Pantai Chenang sambil merakam momen-momen kita berempat sehingga menanti sunset. Model yang setia siapa lagi kalau bukan along πŸ˜‚

Gunung di belakang bukit tu lah Gunung Mat Chinchang

Masa ni along budak yang banyak cakap

Aaiiii…gayanya tu macam nak gi belasah orang je 🀣🀣

Kening abah sangat 😊

Alaaa….kasi can la mama pulak πŸ’ƒ

One with mama and little Ya. Sunset dah mula masa ni

Golden hour yang dinantikan

Masa ni abah dan along gi tepi pantai berhampiran dengan homestay

hahah…dapat jugak dia mandi air laut

Balik dari Langkawi, kita sempat menyinggah Restoran Kak Su Laksa Kuala Perlis di Jeti Kuala Perlis. Bawak Tokmi dan Tokabah makan laksa beras.

Harap satu masa nanti kita dapat ke sini lagi dengan tokmi tok abah lagi, insyaAllah

πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s