Alhamdulillah, kita semua dah menjejakkan kaki ke tahun yang baru 2022 walaupun masih tidak kelihatan cahaya di hujung terowong untuk negara kita pulih daripada pandemik ini sepenuhnya. Tapi takpe, hidup perlu terus, cabaran perlu diteruskan walau apa jua dugaan yang mendatang.

Bagi mama, mama memulakan tahun 2022 ni dengan new vision, new hope dan tekad untuk perbaiki lebih banyak cara hidup dan lebih fokus kepada general wellness dan fitness. Alhamdulillah, end of year 2021 mama berjaya achieved targeted normal BMI dan weight mama daripada overweight ke normal BMI dan prepregnancy weight mama dulu, 55kg πŸ’ͺπŸ‘

Nak dijadikan cerita, mama dah cuba macam-macam jenis workout sebelum ni. Alhamdulillah, abah seorang yang sangat support mama buat fitness dan workout ni. Sebelum ni join abah buat running, join fun run, even cycling roadbike. Tapi bila pandemic dan MCO, mama terhenti buat semua tu sebab semua outdoor. Dah try run atas treadmill, tapi lama-lama jadi bosan. Lately, lepas run lama-lama rasa sakit di bahagian lutut dan calf belakang. So mama slow down running. πŸ˜”

Ada satu hari tu, sembang dengan kawan. Dia ada mention tentang dulu dia pernah join zumba class tapi terhenti sebab pandemic. Then dalam kepala mama terfikir, apa kata mama cari dance workout di youtube dan buat indoor!

Cut story short, mama terjumpa satu channel dance workout FITSEVENELEVEN dan mama suka sangat tengok one coach ni yang nampak best sangat move routine dan music yang best. Mama pun mula cuba routine dia one day, dan terus suka sangat. Sebab mama memang suka menari sebenarnya 😍 Setiap hari mama buat, jadi makin seronok dan makin enjoy. Ini antara routine yang mama selalu buat di rumah.

Best kan?? Mama dah jumpa workout yang mama enjoy buat dan dalam masa yang sama dapat buat fitness activity setiap hari lepas balik kerja. Tak lama pun, 30 minit je setiap hari. Kak Ya pun selalu join mama buat sama-sama workout ni. Boleh bagi inspirasi kepada anak-anak untuk terus hidup aktif.

Roughly calories yang burn 😎

Average heart rate ~150bpm

Ok, setakat ini saje dulu. Nanti mama share outcome daripada dance workout ni beberapa bulan lagi.

🎢🎢🎢🎢🎢🎢🎢🎢🎢🎢🎢🎢🎢🎢🎢

Leave a comment