Baru-baru ini mama telah menerima sijil penghargaan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas khidmat dan sumbangan sebagai frontliners COVID-19. Alhamdulillah, mama di beri kesempatan dan peluang untuk sedikit sebanyak berkhidmat semasa pandemik. Kalau dikira sejak bila mula terlibat di dalam pengurusan COVID-19 ni ialah sejak April 2020 ketika negara kita di ambang gelombang lonjakan kes.
Pada mulanya bertugas secara tidak langsung, iaitu standby di CPRC PKD. Lama-kelamaan terdapat keperluan referal MO memandangkan kes yang semakin meningkat naik. Mama terlibat secara langsung merujuk semua kes covid yang dinotifikasi ke pejabat kesihatan kepada pakar penyakit berjangkit dan juga sebagai LO activation retrieval team ambulance. Daripada bekerja secara solo, sehingga terpaksa recruit MO tambahan untuk bantuan referal sebelum wujudnya team CAC.
Kalau nak diceritakan cabaran yang dilalui, memang pelbagai kisah dan momen sepanjang negara menghadapi turun naik gelombang pandemik. Bersengkang mata, kurangnya masa bersama keluarga, stress, mentally exhausted, physically tired, semua ada. Walaupun mama bekerja tak memerlukan PPE (kerja referal melalui online), tetapi pengorbanan masa dan tenaga setiap hari tanpa cuti memang memenatkan secara fizikal dan mental. Mama masih mengetuai team referal covid hingga ke hari ni. Tak tau lah siapa yang sanggup nak take over kerja mama ni.
Sungguhpun begitu, mama bersyukur sangat-sangat memiliki bos dan rakan-rakan sepasukan yang baik, bantu membantu, bertoleransi dan memahami satu sama lain. Ini juga sebahagian daripada rezeki yang Allah bagi. Dalam kepayahan, ada yang Allah permudahkan…syukur.
Rakan-rakan mama yang pernah membantu mama, Dr Ainul, Dr Hafilah, Dr Roslaili, Dr Rohani, Dr Prassaad. Nama-nama mereka akan mama ingat sampai bila-bila. Team Kak Long forever ๐ช
Harapan mama dan juga pastinya harapan semua frontliners, semoga kita semua akan menang battle with covid ini
๐๐๐๐๐๐๐๐