Hari ni kita semua mama bawak pergi lunch di satu spot yang mama baru tau melalui rakan sekerja mama di ofis. Memandangkan mama oncall covid dan abah pun plan nak ride pagi dan akan balik lewat, so kita lunch di luar je lah hari ni. Nak try juga makan suasana santai tepi kolam ikan kan..

Nama tempat makan ni, Santai D Keda Village, letaknya di Kampung Keda, Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu, border antara Pulau Pinang dan Kedah. Tak jauh pun dari rumah kita dalam lingkungan 9km je. Attraction kedai makan ni ialah suasana makan di tepi kolam, ikan yang ditangkap dari kolam yang sama dan di jadikan antara menu utama kedai ni. Sebelah petang lebih kurang pukul 4pm, kolam dibuka untuk kaki pancing tapi kena bayar, tak sure pulak berapa.

Sebab kita datang waktu lunch, so menu yang ada ialah set nasi bersama ikan talapia/keli/ayam goreng di makan bersama ulam dan sambal, serta sambal cili special. Kawan mama kata kalau sebelah malam, baru ada menu makanan panas yang lain.

Ha, ni menu-menu yang ada di sini

Tadi kita order set talapia dan ayam goreng

Dari segi rasa, sedap jugaklah sebab ikan dan ayam di goreng panas-panas. Ambiance kedai ni tenang, tak hectic sebab kedai ni di kawasan kampung. Child friendly juga, babychair ada. Cuma nasib baik Haikal bukan jenis hyper, jadi dia takde la nak pergi berlari ke kolam tu.

Posing wajib 😁

Oklah, next time kita try pergi makan waktu petang pulak. Kita tengok suasana petang/malam macam mana

🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟🐟

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s