Semuanya bermula selepas kita semua bawa Haikal tonton movie TopGun:Maverick di wayang. Tak expect pun Haikal akan suka movie ni sebab kebiasaannya Haikal hanya layan movie di wayang ‘gitu-gitu’ aje. Tapi bila dah halfway movie tu, nampak dia semakin enjoy movie tu, siap feeling2 bawak jet guna botol mineral tepi kerusi kononnya gear jet 🤣
Selepas dari itu, Haikal dah mula minat sangat dengan fighter jet. Tapi Haikal masih juga meminati planet solar system, rocket and space. So nampak Haikal ni minat dengan benda-benda aerospace. Semoga Haikal terus meminati dan berusaha hingga jaya bila dah dewasa nanti sebab dia kata cita-cita dia nak jadi astronaut. Siap nak bawak mama teman dia kat dlm ISS 😂
Ok balik pada topic kita. Abah memang dari dulu sangat meminati dunia ketenteraan dan fighter jet. So bila nampak Haikal tunjuk minat pada jet, abah seronok sangat dapat share hobi yang sama dengan anak-anak. Satu demi satu model jet abah dan mama beli untuk Haikal sampai la boleh buat koleksi dan hangar jet!!
Jom kita tengok koleksi jet kesayangan Haikal dan projek Hangar yang abah buat untuk Haikal 😎✈







✈✈✈✈✈✈✈✈✈✈