15.10.22 yang lepas, kindy Haikal organize Sports Day. Kali ni kindy buat lebih grand sebab dah hampir 3 tahun tak buat disebabkan pandemic. Lama jugak kita tak pergi sports day tadika. Last mama abah attend adalah masa Kak Ya tadika dulu…6 tahun yang lalu 😜
Excited jugak nak tengok Haikal, sebab Haikal kata nak bersilat. Tak taulah apa yang dia maksudkan bersilat 😅. Event buat di Dewan USM Transkrian. Semua cawangan di Penang join. So Haikal pun surprise sebab rupanya ramai kawan-kawan dia join.
Haikal nampak enjoy je main dengan kawan-kawan. Tak nampak takut-takut. Berani je nampak masa berkawad. Rupa-rupanya dia dan Kareem (bff) pegang tombak untuk kontinjen diorang. Cute sangat! Mama abah sampai tak cam Haikal. Tak perasan langsung Haikal sebab nampak lain sangat.
Team Haikal dapat juara keseluruhan dalam kejohanan ni!! Seronok betul madam nisah dan miss-miss, yelah anak-anak murid menang! Tq to mdm nisah dan miss semua sebab berjaya didik anak-anak jadi budak yang berani, bijak dan cerdas. 💕
Jom kita tengok video yang mama compile sepanjang aktiviti Haikal di sana…
⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽