8.10.22 yang lepas adalah Hari Sukan Negara, disambut di seluruh Malaysia. Pejabat Belia dan Sukan di tempat kita tak ketinggalan mengadakan event sempena sambutan HSN. BIla mama dapat tau event ni, mama ajak abah, abah terus kata ok nak bawak anak-anak semua. Memang mama abah encourage anak-anak supaya aktif bersukan. Tak kira apa jenis sport pun. Barulah badan sihat otak cerdas kan…
Untuk HSN ni, kita join aktiviti Funwalk, Aerobic, Memanah Challenge dan Skipping Challenge. Nasib along baik hari tu, along dapat tempat ketiga dalam Skipping Challenge. Alhamdulillah. Agaknya kalau pakai tali skipping sendiri, mesti lagi laju kan 😎 Tali skipping tu memang panjang sikit daripada biasa yang along dan kak Ya guna. Anyway, takpe, tak kisah pun. Janji kita semua having fun kan!
Jom tengok video kita di HSN… 🤗
🏃♂️🏃♂️🏃♂️🏃♂️🏃♂️🏃♂️🏃♂️🏃♂️🏃♂️🏃♂️