Rasanya this year kita belum vacation mana-mana lagi. Lama dah plan nak ke Langkawi sebab last family kita kesana adalah pada 2012 atau 2013 rasanya. Mama pun dah tak berapa ingat. Tapi yang paling tak ingat of course la kak ya sebab masa kita pergi tu, kak Ya kecil lagi. Trip kali ni pun short saje, selepas squiz in tarikh yang sesuai. Lepas ni tak tau pulak bila kita akan makan angin since kak Ya nak menghadapi UPKK September onwards nanti. Sekejap pun jadilah…
29.7.2022
Kita bertolak pagi Jumaat (29.7.22) tapi malangnya trafik di highway pagi tu sesak teruk. Kita ngam-ngam sampai di Jeti Kuala Perlis pukul 11.20 pagi. Tiket feri kita pulak 11.30 pagi. Nasib baik sempat. Anyway, journey kita di atas feri smooth je.




Sebaik sampai di pekan Kuah, jam dah menunjukkan jam 1.30 petang, masa untuk makan tengahari. Kita singgah makan di Restoran Nasi Campur Top BBQ. Punyala ramaiiiii orangggg. Tak pernah la jumpa kedai yang sebegini ramai pelanggan sebelum ni. Jadi rasa tak berapa selesa sebab nak ambil makanan dan minuman perlu bersesak dan bergilir. Tu belum bab booking meja makan lagi. Tapi menu pelbagai dan menarik.
Dah selesai makan tengahari, kita semua check in hotel dulu. Kali ni kita akan bermalam di The Ocean Residence Langkawi, dekat je dengan pekan kuah. Sebaik masuk ke dalam simpang menuju ke hotel ni, hati macam berkata “eh, betul ke jalan masuk hotel ni, berhutan je, jalan pun macam jalan orang jarang masuk”. Tapi bila sampai sahaja di entrance gate hotel ni, kelihatan pemandangan laut yang cantik juga bangunan-bangunan hotel yang scattered di dalam compound hotel. Tenang, sepi kurang nampak kelibat orang. Mama masuk check in di ofis hotel ni, dan disambut staf kaunter yang baik, mesra dan peramah. Staf ini bawa kita sendiri ke bilik yang kita akan menginap. Bilik kita ni macam family suite, ada 2 bedroom, 1 living area dan sharing shower and toilet. Shower dan toilet asing tau. Jarang jumpa hotel yang buat macam ni. Jom tengok gambar yang sempat mama snap.



Selepas unpacking dan solat, kita semua ke Oriental Village. Kita sampai dalam lebih kurang jam 4.30 petang. Rupa-rupanya kaunter tiket untuk semua attraction dalam tu semua akan tutup jam 5.00 petang. Aisey, terlambat la pulak. Hajat nak bawak masuk anak-anak ke 3D muzium dia, dan beberapa lagi attraction yang ada kecuali skycab. Skycab sedang ditutup untuk yearly maintainance. So kita just jalan-jalan sight seeing. Sempat la beli beg jalan-jalan untuk kak Ya. Oleh sebab Oriental Village dah tutup, kita balik ke hotel semula untuk mandi kolam!
Malam pulak kita pergi dinner di GM Burger, on the way ke pekan Kuah. Masa ni kak ya dan Haikal dah tertidur awal. Balik di bilik hotel, semua dah tak nampak lain dah, nampak katil je… 🥱😴
30.7.2022
Next day (30.7.22), kita semua bangun awal dan breakfast di bilik sahaja. Abah tapau nasi lemak untuk breakfast. Pagi tu bersiap awal untuk aktiviti Island Hopping yang dijadualkan pada jam 9.00 pagi. Tempat jeti Island Hopping masih lagi di tempat yang sama masa mama abah datang Langkawi dulu-dulu untuk honeymoon. Jeti dekat sangat dengan hotel mama abah honeymoon dulu (tahun 2007), Awana Porto Malai (sekarang dah tukar nama ke Resort World). Jom tengok video kita ber Island Hopping 😁
Selesai Island Hopping yang memakan masa lebih kurang 4 jam, kita balik ke bilik hotel untuk membersihkan diri dan bergerak keluar semula menuju tempat yang mama google untuk lunch. Kita lunch di Mr Asampedas Cafe & Restaurant Langkawi. Suasana, dan layanan daripada pemilik kedai ni memang A+++ lah. Menu yang kita pilih semua sedap. 👍👍👍
Selesai lunch, kita ke destinasi seterusnya iaitu Kota Mahsuri. Tak payah cerita banyak, jom tengok video yang mama buat ni.
Habis belajar sejarah dan budaya, kita ke Dataran Lang pulak. Tempat wajib untuk dilawat ni kalau ke Langkawi. Bergambar tu memang agenda utama la…




Pada mulanya plan nak pergi Pantai Cenang sebelah malam nak tengok fire show, tapi disebabkan semua dah pakat keletihan sangat, kita akhirnya lepak di bilik hotel je sebelah malam. Tapau McD je kita malam tu… 😴
31.7.22
Hari ketiga di Langkawi, pagi kali ni kita breakfast di luar. Ambik kesempatan untuk try port breakfast famous di sini, Nasi Dagang Pak Malau. Apa yang menariknya tempat makan ni, terkenal dengan konsep melayu klasik, dan terletak di tepi sawah padi yang hijau nan terbentang luas. Menu istimewanya ialah Nasi Minyak dan Nasi Dagang bersama beberapa jenis lauk pilihan. Terdapat juga pelbagai kuih muih untuk kita pilih. Jom tengok video!
Perut dah kenyang, waktu check out pun dah nak dekat. Jadi, apa tunggu lagi, abah dan anak-anak habiskan beberapa jam lagi di dalam kolam. Mama sibuk mengemas barang-barang di bilik, prepare untuk check out.
Selesai check out, kita singgah lunch nasi campur dulu di Restoran D’Jit Seafood sebelum gerak ke Kompleks HIG untuk shopping time!! Di Kompleks HIG, kak ya dan along sibuk beli coklat untuk kawan-kawan di sekolah. Kita pun ada jugak beli untuk family kita 😄
Kompleks HIG adalah destinasi kita yang terakhir untuk trip kita ke Langkawi kali ini. Kita sampai di Jeti Kuah jam 2.00 petang. Tiket feri kita ke Kuala Perlis jam 3.30 petang. Sebelum naik ke atas feri, kak ya dan Haikal sempat merakam gambar shot terakhir di pulau yang penuh kenangan manis ini. Jumpa lagi di lain kali!!!

⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴⛴