Trip kali ni merupakan rombongan sekolah kali kedua yang mama dan abah benarkan kak Ya join. Rombongan kedua yang destinasinya jauh. Dulu Kak Ya pergi ke Alor Setar. Kali ini ke Melaka selama 3 hari 2 malam (17.6.2022-19.6.2022). Mula-mula mama agak reluctant nak benarkan, tapi abah macam ok je bagi kak Ya pergi. Oklah tu.

Rombongan ni anjuran sekolah SAR Nurul Falah, sekolah KAFA kak Ya. Semua BFF kak Ya join trip ni termasuk semua tenaga pengajar sekolah. Rombongan bertolak pada 17.6.22 10 malam. Kiranya kak ya dan kawan-kawan tidur dalam bas malam tu. Dijangka sampai Melaka awal pagi esok.

Sempena rombongan ni, apa yang mama abah beratkan adalah medium telekomunikasi. Make sure kak Ya always contactable dan trackable. Persiapan kelengkapan dan perbelanjaan tu macam biasalah kan…

Untuk track pergerakan dan lokasi kak Ya, mama memang ada guna apps Family Link untuk control screentime anak-anak. Apps ni memang bantu mama untuk track lokasi kak Ya secara realtime. Wahhh, banyak jugak tempat-tempat yang kak Ya visit dengan kawan-kawan ye. Mama boleh track guna apps ni. Hampir semua tempat lawatan di Melaka kak Ya pergi. Cuma ustazah tak share banyak gambar-gambar korang di group..

Cuma apa yang mama nak ceritakan di sini, sebaik kak Ya balik dari trip, Kak Ya cerita tentang kisah seram yang kak Ya dan kawan-kawan dan juga ustaz dan ustazah lalui semasa menginap di suatu hotel di Melaka. Mama tak ingat pulak namanya. Scary jugak. Kisha macam kena gangguan malam tu. Ustaz kena kacau dengan entiti. Tandas bilik kak Ya ada bunyi seperti orang guna tandas. Pintu bilik di ketuk. Ishhh seram pulak mama dengar cerita kak Ya.. 😨 Nasib baik takde apa-apa jadi pada kak Ya…

Antara gambar-gambar lawatan

Jom tengok video yang mama abadikan semasa hantar kak Ya bertolak ke Melaka

Mesti nanti kenangan ini akan terpahat di memori kak Ya semasa di zaman persekolahan…

πŸ‘―β€β™€οΈπŸ‘―β€β™€οΈπŸ‘―β€β™€οΈπŸ‘―β€β™€οΈπŸ‘―β€β™€οΈπŸ‘―β€β™€οΈπŸ‘―β€β™€οΈπŸ‘―β€β™€οΈπŸ‘―β€β™€οΈπŸ‘―β€β™€οΈ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s