Masa balik kampung rumah tok dan uci baru-baru ni, kita sekeluarga sempat menyelit masa breakfast di 1 spot viral di Tapah, Restoran Capati Corner. Ini memang favourite spot tok dan uci jugak bila boring tak tau nak makan apa.
Restoran ni bukan jual capati saje, tapi menu-menu lain pun ada seperti nasi, ayam kampung dan lauk-pauk. Tapi biasanya kita sekeluarga kalau nak makan capati, memang datang sini.
Capati dia lembut sangat, di makan pulak dengan pelbagai pilihan kuah dan lauk dan semestinya yang famous di sini kari kambingnya. Kuah kari dia memang padu. Ada juga kuah dal, kurma, masala dan kuah sardin. Semua sedap.
Lokasi Restoran Capati Corner


Along suka la menu macam ni sebab dia penggemar kari 😄
🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪