Lama betul tak bersiaran di blog ni. Biasalah mood datang dan pergi. Ada masa, mood terlebih rajin. Ada masa tu, malas betul nak menulis. Ni geledah balik galeri gambar dalam handphone, recall balik cerita mana yang backdated. Sayang kalau tak diabadikan dalam blog ni untuk kenangan anak-anak.

Aidilfitri 2022 adalah antara aidilfitri yang sangat bermakna kerana dah masuk tahun ketiga pandemik, akhirnya kita dapat balik ke kampung halaman meraikan hari raya bersama keluarga besar kita. Kali ni kita balik ke Tapah beraya bersama tok dan uci.

Kali ini Aidilfitri jatuh pada 2.5.2022. Ada cerita di sebalik tarikh raya ni. Kalau ikut kalendar kita dijangka beraya pada 3.5.2022 tapi kuasa Allah, anak bulan muncul awal daripada yang dijangka. Jadi muncullah macam-macam gelaran raya kali ni. Bila malam pengumuman penampakan anak bulan syawal kata dah nampak, kita pulak tak siap sedia langsung persiapan raya sebab tak expect pun nak raya esok, kelam kabut tu bayangkanlah πŸ˜†. Jadi muncullah macam-macam gelaran…Raya Tak Ready 2022, Selamat Hurry Raya, Tiba-tiba Raya.. 🀣

Pagi-pagi, tok dan along pergi ke masjid untuk solat hari raya. Lepas diorang balik, kita semua menikmati juadah pagi raya. Walaupun dalam kekelamkabutan, manage juga sediakan juadah pagi raya yang simple.

Sebaik selesai upacara makan, kita semua bersalam mohon kemaafan pada tok dan uci dan juga mama…

Bosan jugak kan kalau duduk di rumah saje. Jadi kita pun pergi la ronda-ronda pekan Tapah dan pergi beberapa rumah terbuka kawan Tok. Sempat juga menyinggah satu tempat attraction baru untuk bergambar di Tapah.

Terubat juga akhirnya kerinduan kepada kampung halaman menyambut aidilfitri. Mama abadikan di sini sebagai kenangan kita bersama…

πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s