Pada Sabtu lepas (26.3.22), kita semua dapat balik kampung memandangkan abah join trip pendakian Gunung Kinabalu dengan kawan-kawannya. Lama jugak kita semua tak balik Tapah. Ramadhan pun nak menjelma, elok jugak kita balik jenguk tok dan uci kan..Untuk mengisi masa dan aktiviti sepanjang di sana, mama booked 1 hari stay di Refarm, Kampar. Lama jugak kita tak kesana. Last kita pergi pun rasanya 10 tahun lepas. Kita semua stay di situ 1 malam (27.3.22-28.3.22)
DAY 1 (27.3.22)
Check in macam biasa, kita check in lebih kurang 3.30pm. Selesai proses pendaftaran, jam 4pm staf Refarm guide kita ke hotel suite naik kereta masing-masing sebab kaunter check in ke hotel suite agak jauh dan tak boleh jalan kaki. Hotel suite kita terletak di belakang sekali kawasan Refarm.


Sebaik sampai bilik, along, kak ya dan tok terus bersiap untuk mandi kolam. Mama dan uci unpack barang dulu, then baru ke indoor pool bersama Haikal. Petang tu pulak hujan sangatlah lebat. Mujur kita semua stay in guest, dapat mandi di private indoor pool walaupun hujan lebat di luar.







Dah puas berendam dalam kolam yang sangat sejuk (air kolam ni adalah sumber dari air bukit), masuk bilik semua pakat sambar makan maggi cup. Selesai solat maghrib, kita pakat keluar dinner ke Secret Recipe.


DAY 2 (28.3.22)
Selesai solat subuh, kita semua pergi sarapan di favourite breakfast spot mama, Gerai Mee Kari Pak Din. Lama dah mama tak pekena mee kari ni. Tempat ni tak seviral tempat mee kari lain, tapi mee kari dia memang sedap, ada rasa dan cara tersendiri.



Sebaik habis sarapan, kita balik semula ke Refarm. Pagi ni kita semua nak round tour Refarm untuk melihat new attractions di dalamnya. Jom tengok galeri gambar tour Refarm kita




















Dah puas round tour attraction dalam Refarm, kita ke agenda utama seterusnya iaitu mandi outdoor pool !!! π€£





Itulah aktiviti-aktiviti yang kita sempat buat di sana. Walaupun sehari, kita semua puas dan enjoy sangat. Next time, kita cuba pengalaman kayuh bot itik di tasik mini Refarm. Yang penting, kita semua dapat habiskan masa bersama tok dan uci dan simpan kenangan bersama mereka.
ππππππππππ