Hari ini (8.3.22) kak Ya due for her appointment for her 1st dose of C19 vaccination. Banyak kali sebenarnya mama cancel dan reappointment date kak Ya sebab tarikh vaccination jatuh semasa kak Ya jadi close contact mama dan semasa kak Ya dah positive C19. So hari ini akhirnya tiba sudah harinya.
Mama dan abah tak fikir lama untuk decide kak Ya pun ambil vaccination C19 sama macam along. Takpe, kita tawakal, selebihnya kita serah pada Allah.
Venue kak Ya untuk vaccination adalah di PPV offsite Dewan MPKK Bandar Cassia. Mama ambil off petang untuk bawak kak Ya. Kita pergi berdua je.
Sebaik sampai, seperti biasa, mama perlu tandatangan borang consent dan pilih jenis vaksin untuk kak Ya, mama pilih pfizer.
Kedatangan tak ramai jadi kita tak tunggu lama.
Mama dah pesan siap-siap pada kak Ya, semasa nurse tu cucuk nanti, jangan lupa baca bismillah dan selawat banyak-banyak, niat untuk kebaikan dan jauhkan dari musibah dan kesan yang tak elok. Mulut mama tak berhenti selawat dan berdoa agar dipermudahkan urusan oleh Allah, insyaAllah
Selepas injection dan observation selama 15 minit, kak Ya ok alhamdulillah. So next appointment untuk 2nd dose adalah dalam masa 8 minggu lagi.
šššššššššš