Hari ni (5.3.22) Alhamdulillah kita semua dah bebas dari tempoh kuarantin C19. Mama memang dah niat dalam hati sejak mama yang pertama dijangkiti C19 tempohari, mama nak repay dan bagi penghargaan dan appreciation kepada abah dan anak-anak mama sebab jaga dan bantu mama semasa mama jalani tempoh kuarantin. Juga penghargaan dan tanda terima kasih kepada abah sebab handle anak-anak dan house chores sepanjang mama berkurung. Mama niat nak belanja korang semua stay in 2 hari 1 malam di mana-mana hotel yang ada beach dan swimming pool. Bagi anak-anak dan abah happy sekejap.

Mama pilih untuk kita rehat-rehat dan bersantai di Hotel Sentral Seaview Penang, Tanjung Bungah. Hotel ni betul-betul di tepi laut dan ada swimming pool. Jadilah, buat ubat release tension, ubat kerinduan mandi kolam. Walaupun mama masih on duty referal C19 semasa di hotel. Maafkan mama ye abah dan anak-anak. Mama pun dah mula terfikir untuk let go duty ni pada kawan mama yang lain, nak mohon kepada big boss mama agar diberi kebenaran untuk mama berehat pulak. Doakan mama ye! 🤲

Sebelum kita check in hotel, abah bawak kita lunch di tempat favourite anak-anak mama, apa lagi kalau bukan Sushi King! Selera semua makan, Haikal sampai makan 5 plate! Puas hati. Lepas lunch, kita pun gerak ke hotel.

Sebaik sampai di bilik hotel selepas check in, hujan turun dengan sangat lebat, diikuti angin bertiup kuat. Bilik kita betul-betul menghadap laut, jadi boleh dengar bunyi angin daripada pintu sliding bilik. Kesian anak-anak mama, tak dapat nak terjun masuk kolam awal. Pool pulak hanya bukak 4.30-7.00pm je sebelah petang.

Gambar ni mama sempat snap sebelum hujan lebat. Dari balcony bilik kita. Awan gelap

3 beradik lepak di bilik along dan kak Ya sementara menunggu hujan berhenti

Dalam pukul 6.15pm hujan dan angin dah reda walaupun masih renyai-renyai. Abah pun kata jom lah kita pergi kolam. Nasib baik sempat mandi walaupun hanya 30 minit.

Sebelah malam kita pergi dinner di kedai tomyam Aman Tomyam di Tanjung Tokong. Hujan-hujan ni memang best makan siakap tiga rasa panas-panas, tambah pulak perut lapar lepas mandi kolam tadi kan? 😁

Malam sebelum tidur, masing-masing buat aktiviti bebas, chillin dan relaxing. Seronok dengar anak-anak mama ketawa dan bermain-main dalam bilik hotel. Mama pulak tengok scenery malam di balcony dengan abah.

Keesokkan paginya, semua bangun pagi dan usai siap solat subuh, kita turun breakfast di cafe hotel. Selesai makan, apa lagi….IT’S POOL TIME!!! Kali ni enjoy sikit sebab cuaca pagi memang baik sekali.

Jom tengok video-video masa mandi kolam tadi

Apa la yang abah dan anak ni bualkan hehe
Suasana sekitar hotel

Puas hati semua kan? Haaa… harap dapat menyeronokkan hati masing-masing selepas 2 minggu bertapa di dalam rumah. Cukup masa nak check out, kita semua packing dan balik. Sebelum balik, sempat juga berjalan di tepi pantai sambil bergambar famili 💖

Berlatarbelakangkan hotel yang kita stay

🏖🏖🏖🏖🏖🏖🏖🏖🏖🏖

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s