Tanggal 21.2.22 merupakan titik sejarah dalam hidup mama. Mama tewas juga dengan C19. Hari ini mama telah menjadi sebahagian daripada angka kes harian C19. Post ini mama jadikan catatan diari mama sepanjang mama menjadi pesakit C19.
Semuanya bermula dengan semakin banyak staf mama di ofis yang menjadi mangsa C19. Kes menjadi semakin banyak sejak minggu lepas di mana melibatkan rakan-rakan sekerja mama di ofis, seorang demi seorang. Tapi alhamdulillah, mama masih tiada gejala.
Pada malam sebelum itu (20.2.22), berita sedih dan mengejutkan mama terima bila tok dijangkiti C19. Tapi alhamdulilah, Tok gejala ringan tapi Tok tetap mahu admit dn kuarantin di hospital memandangkan uci masih negative dan rumah yang tak sesuai untuk homeQ.
Esoknya mama pergi kerja, dapat tau beberapa lagi rakan sekerja di ofis juga dah positive C19. Pagi tu pulak mama bangun tidur, rasa tekak perit sangat, mulut kering dan pahit. Malam sebelum tu dan pagi yang sama, mama dah buat self test, tapi negative. Mama rasa tak sedap hati, mama tergerak untuk buat profesional test RTK. Dalam hati sepanjang melangkah ke tempat sampling tu, hati macam boleh rasa yang mama akan positive. Dalam masa beberapa minit sahaja, result mama clear dan confirm positive ðŸ˜ðŸ˜. Hati rasa antara percaya dan tidak…macam dalam mimpi
Sebaik tau keputusan, mama terus call abah yang kebetulan juga sedang WFH sebab ofis abah juga ada banyak kes positive. Abah terus ambil kak Ya dan Haikal di sekolah. Mama pulak dalam masa yang sama, terus balik rumah dan terus set up bilik untuk mama quarantine, grab secepat mungkin barang keperluan mama yang essential. Mama quarantine di bilik along.
🌸Day 1 (21.2.22)🌸
Petang tu, mama masih rasa tekak mama perit dan mulut kering tapi alhamdulillah, deria rasa dan bau mama tak affected. Cuma mulut mama terasa pahit. Bila menjelang senja mama rasa sengal-sengal badan,sakit kepala, dan jantung mama berdegup laju. Ish, macam rasa nak demam ni.
Oh ya, petang tu abah dan semua anak-anak mama mama sarankan pergi urgent test walaupun korang semua takde gejala. Prinsip mama, mama nak saring dan isolate yang negative dan positive cepat-cepat daripada melarat dan berjangkit.
Malam tu dan sepanjang malam, mama asyik batuk, batuk yang kering. Masa abah balik daripada klinik, mama sempat kirim beberapa ubatan untuk mama.
🌸Day 2 (22.2.22)🌸
Bangun pagi, badan rasa sakit-sakit effect batuk sepanjang malam. Suhu badan naik balik, mama boleh rasa aura kedatangan demam tu melalui denyut jantung mama laju. Suhu 37.5, mama cepat-cepat telan PCM. Tak mau melarat. Aktiviti pagi kita, breakfast macam biasa, mama makan apa yang korang letak di muka pintu. Pakaian mama, mama basuh sendiri, mama rendam dengan dettol dan basuh. Semua barang-barang mama, korang handle dengan cermat, pakai glove, sanitize permukaan.
Masa ni la mama nampak anak-anak mama rajin, especially kak Ya. Tolong lipat kain baju, bersihkan sinki. Abah handle Haikal, buat semua kerja rumah dibantu anak-anak. Along pun tolong pass barang-barang mama. Haikal tak menangis bangun pagi, mungkin dah faham mama kena kuarantin. Semalam dia masih tak faham, masih menangis nak mama. Setakat ni, kita semua melepas rindu guna VC je.. jadilah buat ubat.

Demam mama kebanyakan masa waktu siang, low grade saje dalam lingkungan 37.5 ke 37.7. Batuk masih ada, non productive. Bodyache on off. Abah tanda kalendar kuarantin kita semua. Oh ya, appointment Ya untuk vaksin pun mama dah batalkan dan akan tunggu tarikh lain. Sepatutnya kak Ya akan divaksin esok 23.2.22.
Petang dalam pukul 6 tu mama rasa macam ok sikit. Mama pun saje la buat sekejap senaman ringan, bagi otot sendi mama tak la asyik baring dan tidur sahaja. Bagi keluar peluh sikit.
Bila malam menjelang, demam mama naik tinggi pulak dah. Mama dok perati pattern C19 ni, bila malam simptom dia worsen sikit. Tapi bila makan ubat, dia improved cepat. Pelik sikit pattern dia ni. Dah siap makan ubat, vitamin dan solat, mama terus rehat awal. Harap esok akan jadi lebih baik, insyaAllah.


🌸Day 3 (23.2.22)🌸
Sepanjang malam tadi mama tak lena tidur. Batuk kerap pulak. Batuk tu kering, tak berkahak. Bila bangun tidur, rasa badan tak fresh sebab lack of sleep. Badan pulak habis semua sakit-sakit. Sakit sendi tu rasa seluruh joint. Agaknya macam ni agaknya myalgia kalau kena demam denggi dan yang seangkatan dengannya. Bila check suhu, normal je. Bangun nak berdiri tu rasa sakitnya ya Allah… rasa nak luruskan kaki tangan tu sakitnya. Pagi ni SP02 ok, cuma nadi laju sikit mungkin sebab letih dan kerap batuk-batuk.
Breakfast mee sup pagi ni. Lepas makan ubat, mama mandi bersihkan diri, basuh baju-baju. HAT pun dah update, mama masih cat2a. Oklah, boleh je pantau diri sendiri. Ni pagi ni kak ya kata dia sakit tekak dan sakit kepala. Pagi-pagi dah buat saliva test, negative. Viral biasa agaknya.
Bila menjelang petang, lebih kurang pukul 4pm, kak ya demam lepas bangun tidur. Along pun sama. Kak ya 37.8, along 37.6. Dua-dua kata sakit tekak. Berderau darah mama. Tapi apa-apa keputusan, mama sedia terima dengan redho, berlapang dada. Abah buat self test utk kak ya dan along. Kak ya mama suruh abah calit je tekak guna kayu nasal swab tu. Along bagi saliva. Nahhhh lepas beberapa minit
Mama’s worst nightmare becomes reality. Tapi mama dah sedia. Redho. Fokus pada penjagaan anak-anak dan cuba sehabis baik supaya abah dan Haikal kekal negative. Immediately along dan kak ya check in dengan mama. Kita guna dua-dua bilik ya dan along yg attach bedroom. Mama crossover bilik air je tgk2 kan korang berdua. Serabut juga awal-awal tu mama abah fikir arrangements. Alhamdulillah, abah sentiasa full support mama, dan sentiasa bagi mama kekuatan untuk terus stay positive. Alhamdulillah, dalam kepayahan ada kemudahan yang Allah bagi. Syukur kepada Allah, mama punya suami yang sentiasa bersama dalam susah senang. Mama abah perlu keep focus untuk jaga anak-anak. Abah jaga outside, mama inside. Mama percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan kebaikan. Husnuzon dengan Allah.
Sepanjang malam, mama tidur dan jaga untuk tengok keadaan along dan kak ya especially kak Ya yang demam panas. Demam tak surut walaupun bagi PCM 6hly. Demah dengan air, mandi, segalanya mama buat. Pakai cool fever. Pantau oximeter. Nasib baik along tak teruk sangat, mungkin sebab along dah lengkap vaksin.
Abah akan tamat 25.2, mama 27.2, along 1.3, Haikal 2.3 dan kak ya 4.3
🌸Day 4 (24.2.22)🌸
Pagi, kak ya masih sama. Letih sebab demam kuat. Mama suruh dia mandi untuk kawal suhu. Mama mandikan kak ya sebab kak ya tak larat nak berdiri, pening katanya. Mama alhamdulillah, demam dah kebah, batuk je lagi. Along fluctuates, tapi ok. Abah dan Haikal pun sihat. Pagi-pagi abah letak breakfast dengan bekalan stok roti banyak sikit untuk kita. Tq abah 💖
Hari ni lunch kak ya dan along teringin bubur ayam. Haikal teringin nugget. Mama order kat Oldtown. Alhamdulillah, ada rezeki anak-anak mama


Bercerita tentang gambar di atas tu, ubat traditional cina ni di rekemen oleh kawan ofis mama (matron fazilah, dan sariza). Katanya ubat herba ni ibarat panadol jugak. Tu la, bila waktu-waktu terdesak ni, apa jua ikhtiar yang orang rekemen, kita akan cuba as long as tak memudaratkan. Ubat traditional ni katanya blh legakan panas badan, batuk dan selsema. Takpelah, cuba la sehari dua ni. Dari petang sampai malam mama dan Ya sore throat sangat. Rasa kering tak boleh bawak bincang. Lain macam penangan sakit tekak C19 ni.
Malam tadi kita semua anak-beranak baca Yassin. Kita sekeluarga ramai-ramai baca Yassin sama-sama. Ayah Cik pun dah +ve C19. Kita 4 beranak baca Yassin secara google meet…
Pukul 2am tadi Ya di serang demam panas lagi. Dah la tersedar je dari tidur Ya cakap sesak nafas! Panic mama! Check oksigen, ok je. Demam 38.6. Rupanya Ya blocked nose je. Buat tepid sponging jugak, bagi ubat demam. Lepas tu Ya lena tidur balik. Mama sejam juga observe Ya tidur, takut jadi apa-apa. Baru nak lena kul 4am, abah bagitau dia rasa macam nak demam dan rasa tak sedap tekak. Bila check suhu, tak demam.
🌸Day 5 (25.2.22)🌸
Lepas subuh abah retest saliva self test. Alhamdulillah negative. Tapi abah masih rasa tak selesa tekak. Mama tak sedap hati sebenarnya, sebab mama dulu pun simptom macam abah. Haikal still ok, takde apa-apa gejala. Tapi pagi tadi Haikal merengek sikit. Lepas menyusu, dia muntah. Sejak abah rasa tak sedap tekak semalam memang mama dah pesan pada abah untuk keep on mask dan hand hygiene.
Lepas demam malam tadi, kak ya tidur lama betul. Letih agaknya. Mama pun hari ni rasa pening dan melayang. Loya pun ada. Letih dan tak cukup tidur agaknya. Dalam pukul 1.15pm abah bagitau mama, abah dan Haikal demam. Abah 37.6, Haikal 38. Allah!
Dengan debaran mama menunggu keputusan self test abah. “Yang, abg positive! meh la keluar bilik”. Dengar suara abah panggil mama dari luar bilik. Antara percaya dan tidak je masa keluar bilik. Haikal je sekarang belum swab. Pegang badan dia memang panas. 38.4. Tinggal nak buat swab untuk Haikal saje. Mula-mula buat dengan lollipop test kit. Result negative, tapi rasa tak puas hati sebab gejala tu. Mama pun buatkan throat swab guna nasal stick kit test tu. Nahhh, terus naik double line dengan cepat.


So kita semua dah positive. So kita semua boleh quarantine bersama-sama tak perlu isolate dalam bilik asing lagi. Masa inform result ni pada tok, uci, tok abah dan tok mi, semua terkejut, risau dan sedih. Dalam hati kecil mama, insyaAllah kita semua kuat harungi bersama, dan mama dah boleh jaga semua anak-anak mama especially Haikal yang baru je demam.
Malam tu kita semua tidur dalam bilik yang sama, supaya senang mama dan abah nak pantau keadaan kesihatan sesama-sendiri dan anak-anak. Alhamdulillah, Haikal tak demam teruk dan takde event yang merisaukan. Abah pun demam panas, tapi abah dan Haikal boleh makan ubat dan tidur. Kak ya pun dah tak demam atau batuk kuat.
🌸Day 6 (26.2.22)🌸
Hari-hari yang seterusnya kita lalui sama seperti hari biasa. Cuma bezanya, kita tak boleh keluar rumah. Mujur ada perkhidmatan food dan grocery deliveries untuk bekalan makanan dan keperluan. Pagi-pagi cikma datang bawak breakfast nasi lemak dan roti canai Sg Acheh (Man Peluru). Semoga murah rezeki cikma sekeluarga bantu kita serba sedikit semasa kuarantin ni.
Seharian suhu Haikal terkawal. Abah je yang demam turun naik dan batuk-batuk. Tapi abah ok je. Vital signs yang lain ok. Alhamdulillah, setakat ini, gejala kami semua ringan-ringan saje. Mama seharian sibuk jugak mengemas dan membersihkan rumah.
Waktu malam, semua tidur dengan nyenyak dan takde yang kena serangan demam panas. Alhamdulillah…
🌸Day 7 (27.2.22)🌸
Hari ini hari terkakhir mama kuarantin, tapi yang lain masih perlu menghabiskan hari-hari yang berbaki. Along akan tamat 2.3.22, kak ya tamat 4.3.22, abah 3.3.22 dan yang paling akhir Haikal 6.3.22. InsyaAllah semuanya mama doakan baik-baik saje.
Di penutup catatan diari mama ni, banyak hikmah yang kita semua dapati sepanjang semua ahli keluarga kita ditimpa ujian Allah ini tapi kita semua harunginya dengan tabah, redho dan berlapang dada. Stress lebih kuat bila ada family kita yang perlu kuarantin berasingan, tetapi bila kita kuarantin bersama, rasa lebih tenang dan manageable sebab kita boleh tengok-tengokkan sesama sendiri. Ternyata ini merupakan memori dan life event yang takkann kita semua lupakan sampai bila-bila.
🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑