Setelah sekian lama mama menanti masa yang sesuai nak hantar Haikal ke kindy/playschool, akhirnya pada 10.2.22 yang lepas Haikal dah menjejak langkah pertama ke satu fasa kehidupan Haikal yang berikutnya. Haikal lewat sikit masuk ke playschool berbanding Along dan Kak Ya apalagi kalau tak disebabkan pandemik C-19… 😣

Mama abah pilih Ilmi Orchard Montessari sebagai playschool Haikal. Dah lama mama eyeing for this place for you. Tertangguh seminggu juga untuk hantar Haikal sebab Haikal ada URTI dan ada isu close contact dengan C-19 case.

First day semuanya memang nampak berjalan lancar. Haikal nampak super excited sebab nak pergi sekolah. Pengalaman baru untuk dia. Mungkin dia tak dapat jangka macam mana suasana baru tu. Sepanjang perjalanan di dalam kereta, mulut mama tak henti-henti psycho Haikal tentang perlunya Haikal kena pergi tadika.

Sebaik sampai di tadika, Haikal ok je. Dia nampak tenang. Masuk dalam tadika pun dengan penuh semangat. Mama siap boleh lambai Haikal dari jauh πŸ˜…

Happy Haikal.. mama rasa lega

Rupanya sebaik teacher tutup pintu dan mama bergerak ke pejabat, Haikal dah hysterical menangis sebab dia ingat mama tinggalkan dia 😣 Teacher update jugak keadaan dia seharian. Pagi takmo breakfast dengan kawan, mujur tengahari dia nak lunch, cuma nak teacher suapkan πŸ˜…. Tengahari minum susu dan tidur.

Ini gambar Haikal semasa di kelas, setia pegang sapu tangan nak kesat airmata πŸ˜…

Haikal nap tengahari. Kesian pulak tengok, macam sejuk je. Nanti mama akan prepare seluar panjang je untuk Haikal

Short video momen pickup Haikal di kindy

Begitulah hari pertama Haikal di kindy… dan juga beberapa hari berikutnya di kindy. Bertabahlah mama. Setiap pagi mama akan bertarung memujuk Haikal untuk mandi, pujuk hati kecil Haikal yang berjiwa besar untuk kuat hati lalui hari-hari di kindy. Yang bagusnya Haikal ni, dalam keterpaksaan dan kesedihan, pandai ubat hati dan pujuk hati sendiri untuk terus stay di kindy.

Tiap hari along, kak ya (kak ya yang paling selalu pujuk Haikal), abah bagi semangat, rewards untuk Haikal. Kami beli beyblade, bola adidas, dan macam-macam nak bagi semangat pada Haikal. Yang terbaru, kak ya belikan Haikal jam spiderman di Shopee.

Kak Ya nak Haikal berani macam Spiderman (walaupun Haikal takut dengan spider πŸ˜‚)


Hari demi hari Haikal dah mula improved. Kurang menangis dah sekarang, walaupun masih sedih di pagi hari πŸ˜„

Takpe Haikal…slowly but surely. Lama-lama nanti mama yakin, Haikal akan overcome semua rasa tu, dan jadi student cerdik kesayangan teacher πŸ₯°

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s