Sibuk pulak beberapa hari ni sejak balik kampung dari Tanah Merah. Jadi post ni agak lewat untuk dikongsikan. Sebenarnya program mandi-manda kita sekeluarga ni berlaku pada 21.12.2021 yang lepas, cuma mama tak sempat nak mengarang ceritanya.
Dah 14 tahun mama kahwin dengan abah, tak pernah pulak abah cerita ada tempat rekreasi air terjun di Tanah Merah ni. Ok jugak sebab tak jauh daripada rumah tokmi tok abah. Ingatkan musim hujan ni, kita takde kesempatan nak pergi mandi, tapi alhamdulillah, ada jugak rezeki ke sana.
Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit untuk ke lata ni. Kita semua dah lunch siap-siap di rumah tokmi sebab tak berani nak try attempt untuk berkelah, takut-takut hujan pulak nanti. Sampai di sana nanti, kita terus mandi jika ada kesempatan dan cuaca yang mengizinkan.
Sebaik tiba di Lata Bijih, suasana masih lengang. Jam lebih kurang pukul 2 petang. Mungkin masih awal, atau kurang pengunjung waktu musim hujan ni. Masuk ke lata ni perlu bayar RM5 untuk entry. Lepas dapat port yang sesuai untuk kita, semua pakat terjun masuk kolam renang. Oh ya, kita tak mandi di sungai sebab khuatir air sungai naik atau kepala air masa musim hujan ni. Yang menariknya di Lata Bijih ni, ada disediakan kolam mandi di sebelah atas sungai. Rasa lebih selamat mandi di kolam renang semasa cuaca tak menentu ni. Nak masuk kolam ni pun ada bayaran masuk juga, dewasa RM5, kanak-kanak RM3, bawah umur 3 tahun free.

Dekat kolam renang ni yang bestnya ada dibuat juga permainan sliding air. Seronok betul anak-anak mama meluncur. Haikal tak berani lagi nak join sama
Di bahagian lain kolam ni, ada juga bahagian kolam yang sedikit dalam dan bahagian kanak-kanak kecil mandi. Kira okla, semua peringkat umur boleh enjoy mandi. Lama jugak anak-anak mama dan abah mandi. Pukul 5 baru kita berangkat pulang.



Masing-masing balik dengan hati yang puas sebab dapat lepaskan rindu mandi kolam.. hehe. Lain kali bila balik kampung, kita pergi lagi ye, di masa itu insyaAllah kita berkelah pulak.
#cuti #malaysia #holiday #holidays #travel #cuticutimalaysia #murah #vacation #tanah merah #lata bijih #telaga bijih #pakejmelancong #kelantan #pakejpercutian #pototravel #harikeluarga #family #batu gajah #budgettravel #backpacker #pototravelandtours #mandi #airterjun #berkelah