Sejak dua tahun kita di landa wabak COVID-19 ni, banyak juga program percutian keluarga kita tergendala. Kebiasaannya kita sekeluarga akan bercuti 1 atau 2 kali setahun, biasanya mesti stay vacation di mana-mana tempat peranginan. Tahun 2021 memang kita tak kemana-mana memandangkan PKP bermula sejak awal tahun. Sekolah pun hanya beberapa bulan sahaja dan anak-anak mama PDPR semula di rumah sehinggalah pada bulan Oktober yang lalu di mana PKP ditamatkan.
Hujung tahun ini, kita balik kampung melawat tokmi dan tok abah di Tanah Merah, Kelantan. Sambil melawat mereka, mama abah ambil kesempatan bawa anak-anak ke Jeram Mengaji yang terletak di dalam daerah Pasir Puteh. Ramai orang kata, tempat ni ada feeling-feeling Kundasang, Sabah. Mungkin tak lah sehebat New Zealand, tapi jadilah untuk melepaskan kebosanan yang terbuku berbulan-bulan duduk di rumah. Back to nature la kita boleh katakan… heheh. Dah sampai rumah tokmi tok abah dah banyak hari dah, tapi disebabkan musim hujan, terbatas sedikit pergerakan nak derak. Alhamdulillah semalam cuaca panas molek, abah ajak kita ke sana.
Sampai sahaja di Jeram Mengaji, kita disambut dengan pemandangan bukit nan hijau dan padang yang terbentang luas, tempat lembu-lembu dan kuda-kuda di sini makan rumput. Pengunjung pun masih tak ramai memandangkan waktu baru masih jam 2 petang. Walaupun cuaca panas, kita semua tetap enjoy bergambar. Biar gambar berbicara…












#bercuti #malaysia #pakejbajet #pakejmelancongmurah #cuticuti #pakejmurah #pakejtravel #jommelancong #kelantan #cantik #jomcuti #jerammengaji #kundasang #family #vacation #nature #travel
insyaAllah, nnti balik Pasir mas boleh singgah jale2 Kat sini..sebenarnya klu dikaitkan atau disamakan Jeram Mengaji dgn Kundasang Ranau Sabah tu mmg Tak samalah sbb sy mmg ore Sabah asli maklum, Kundasang Ranau di Sabah tu adalah kawasan tanah tinggi jajaran gunung Kinabalu, jalannya yg bengkang bengkok ditepi-tepi gunung, sentiasa berkabus (paling terus kabus tebal sekitar awal pagi dan lewat jam 5ptg) cuaca yg sgt sejuk, terlalu byk views yg MasyaAllah Tabaraqqallah sgt2 cantik, ada ladang stawberry, ladang desa cattle dairy farm Kundasang, kolam air panas, ratusan home-stay yg di Bina pelbagai bentuk design selesa sejuk dan harga berpatutan..itulah Kundasang Ranau jajaran gunung Kinabalu Sabah
betul tu wan iman… untuk menambah tempat2 attraction di kelantan utk dilawati, ok je. InsyaAllah tahun depan kami sekeluarga nak ke Kundasang…