Lama jugak kita sekeluarga tak keluar makan angin sejak PKP. Walaupun ada balik kampung ke Tanah Merah dan Tapah, tapi feel makan angin ni tak sama kan? Untuk menghilangkan kebosanan kita semua, abah dan mama decide nak bawak anak-anak semua berehat sekejap nun di atas gunung Brinchang sana, di Cameron Highland pada 5-6.9.2020. Jadilah, menghilangkan puas dok di rumah. Nak cuti panjang-panjang takde kesempatan.

Kita semua bertolak pada pagi Sabtu 5.9.20 daripada Penang. Perjalanan lancar sahaja. Setibanya di Kg Raja, kita sempat singgah di tepi banjaran yang viral di dalam socmed kerana risiko tanahnya yang tinggi kepada runtuhan.

Lepas snap gambar ni, cepat-cepat masuk kereta dan beredar haha

Perjalanan diteruskan menuju Brinchang. Oleh kerana jam sudah menunjukkan jam 1 petang, kita terus bergerak ke Pekan Brinchang dahulu untuk makan tengahari. Perjalanan agak lewat disebabkan kesesakan lalulintas. Ye, jalan jem walaupun waktu yang kita bercuti ni hanya hujung minggu tanpa public holiday. So, bertabahlah. Hampir sejam juga kita tiba di Pekan Brinchang dan terus makan tengahari di satu restoran nasi campur berhampiran medan selera Brinchang. Cuaca pada masa itu dah mula hujan. Kak Ya dah mula gelabah sebab risau tak dapat nak memetik buah strawberi pada petang itu. Takpe, kita tunggu dan lihat.

Selesai makan tengahari, kita semua bergerak ke KHM Strawberries & Jam di Tanah Rata. Cuaca masih hujan renyai-renyai tapi abah kata kita gamble je, ada rezeki untuk petik strawberi, kita petik. Kalau takde, kita jalan-jalan cuci mata. Oleh kerana hujan, kita lepak dulu di cafe KHM menikmati aiskrim strawberi. Menurut staf KHM Strawberries & Jam ni, mereka dah tak buka lagi tempat mereka untuk aktiviti memetik strawberi. Kita sedikit kecewa di situ especially Kak Ya. Takpe, kita tengok tempat lain dulu.

Beratur membeli ais krim di kaunter
Lepak dulu sementara hujan reda.
Haikal cicah lolipop dalam aiskrim
Bergambar dulu sebelum beredar sementara tunggu abah ambil payung dalam kereta

Selepas itu kita semua bergerak pula ke Abang Strawberi mencuba nasib jika ada kesempatan untuk memetik strawberi tapi malangnya kebun sudah ditutup petang itu kerana kehabisan buah matang. Takpelah Kak Ya, kita cuba di lain waktu. Kita sempat beli strawberi dan coklat cair untuk di makan di hotel nanti. Puas makan, besar-besar buahnya!

Dah penat berjalan, kita pun bergerak ke Copthorne Hotel untuk check in dan berehat. Jam pun dah menunjukkan jam 6 petang dah. Kali ni kita stay di apartment 2 bilik. Malam tu kita keluar dinner berhampiran kawasan hotel je.

Ruang rehat
Dry kitchen
Bilik Along dan Kak Ya
Bilik abah, mama dan Haikal

Pagi tu kita semua check out awal untuk meneruskan lawatan kita ke beberapa tempat lagi. Sebelum bergerak, kita breakfast dulu.

Pekena nasi lemak dan teh o panas di coffee house hotel

Usai selesai breakfast, kita semua bergerak ke Arked Peladang Brinchang untuk membeli ole-ole dari tanah tinggi ni. Serbuk teh, kordial strawberi dan cenderahati memang benda wajib yang kita cari dan beli di sini. Selepas shopping, kita terus bergerak ke The Sheep Sanctuary, tempat tarikan yang baru di Cameron Highland.

The Sheep Sanctuary ni terletak di dalam kawasan Pasar Kea Farm di Brinchang. Di sini kita berpeluang melihat dan memberi makan kambing biri-biri baka Australia ini dengan lebih dekat. Excited sungguh anak-anak mama dengan pengalaman baru ni.

Berjalan menuruni bukit ke kandang kambing
upclose and personal with Shaun the sheep haha

Habis melawat biri-biri, kita semua singgah ke Pasar Kea Farm untuk mencari jagung dan strawberi untuk dibawa pulang. Sebelum balik ke Penang, giliran mama pula nak singgah ke Lavender Garden untuk melihat dengan lebih dekat bunga lavender dan harumannya.

Kasi can la mama abah sikit nak bergambar berdua
Permata hati mama abah
from Cameron Highland with love

Habis bergambar, kita semua pun bergerak balik ke Penang. Walaupun trip kita ni hanya singkat di hujung minggu, cukup menyimpan banyak kenangan untuk kita sekeluarga. InsyaAllah, kalau ada kelapangan lagi, kita pergi cuti-cuti lagi ye!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s