Alhamdulillah 4 June yang lepas dipanjangkan usia oleh Allah swt, daku mencecah umur 4o, usia yang melambangkan kematangan dan kedewasaan dan juga mencecah aging… haha. Takpelah tu, janji hati muda dan ceria. Age is not a matter to me, but health is. Agree kan?
Alhamdulillah, keluarga kecilku meraikan hari kelahiranku. Tahun ni lain macam sikit dapat hadiah special dari suami tersayang. Terima kasih sayang… terima kasih anak-anak mama. Semoga keluarga kita sentiasa dalam rahmah Allah dan bahagia hingga ke syurga, itu je doa mama di hari istimewa mama.
Ok, back to our story here. Tadi aku ada mention tentang jaga kesihatan dan aging kan? Jadi, bersempena dengan hari lahir aku ni, aku hadiahkan diri aku sendiri dengan supplement kesihatan dan kecantikan dalam mengharungi fasa 4 series ni.. Haha. Namanya T’neeq yang diasaskan oleh tak lain dan tak bukan, Dato Rizalman Ibrahim.

Apa yang membuatkan aku tertarik nak mencuba T’neeq adalah kerana imej dan persona Dato Rizalman. Beliau ada aura yang tersendiri.

Dari pembacaan yang aku buat, T’neeq ni adalah berasaskan kepada 6 bahan utama, seperti di dalam gambar di atas. Khasiat utamanya adalah terletak kepada buah tomato!

Banyak kan khasiat tomato? Aku paling suka tentang fungsinya sebagai antioksidan dan juga menjaga kesihatan kulit. Khasiatnya setaraf dengan supplement yang terkenal dan mahal seperti Crystal Tomato tetapi harga T’neeq lebih mampu milik.
Ok, tak sabar rasanya nak melihat keberkesanan T’neeq kepada aku. Aku akan update mungkin selepas beberapa minggu atau sebulan kegunaan. Tunggu ye!