Lama jugak tak bersiaran ye. Malaysia diarah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), blog ni pun PKP juga.. Haha. PKP? Apa PKP ni? PKP ni satu arahan kawalan pergerakan, mengarahkan kita mengawal batas pergerakan keluar rumah untuk putuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Kita semua dah stay at home almost 3 bulan dah since 18.3.20. Anak-anak semua dah tak pergi sekolah since that jugak. Lama kan cuti?

Ok, back to our story, aidilfitri kali ni juga amat berlainan. Kita semua tak boleh balik kampung, tak boleh melawat rakan taulan, sahabat handai. Hanya beraya di rumah saje. Ramadhan pun different sebab kali ni, kita semua satu keluarga melakukan ibadah hanya di rumah, tak boleh tarawih di surau/masjid. Aidilfitri kali ni mama try hard to create the feeling of celebration in our family. Sebelum raya lagi mama cari deko untuk hias rumah kita sempena eid, pasang lampu di luar rumah. Bunga api & mercun susah pulak nak cari time PKP ni.

Malam raya abah jadi ketua kita bertakbir raya sesudah solat maghrib. Anak-anak mama semua excited puasa pun dah berakhir, esok nak raya.

Bertakbir raya sesudah solat maghrib

Sesudah solat Isyak, mama terus masuk dapur untuk masak rendang ayam kampung dan kuah kacang. Lemang abah dah beli petang tadi. Anak-anak mama dan abah main bunga api di belakang rumah. Hampir tengah malam baru mama siap memasak dua menu tu. Esok awal pagi, mama hanya nak masak nasi minyak, dan nasi himpit ketupat segera je. First experience juga mama sorang-sorang prepare juadah pagi raya, sebelum ni memasak bersama uci atau tokmi. Tapi sebenarnya, seronok juga prepare juadah untuk keluarga…

Pagi-pagi mama dah bangun untuk siapkan juadah pagi raya, dan selepas tu gerakkan semua untuk bersiap untuk solat sunat aidilfitri bersama.

Bertakbir raya usai solat sunat aidilfitri

Selepas solat kita semua menjamu selera. Tak lupa juga acara wajib kita sekeluarga, berfoto keluarga bersama. Selesai berfoto, sempat juga meluangkan masa video call bersama tok dan uci, tokmi dan tok abah dan mak pak sedara.

Family photo raya 2020
Ada kenangan lucu dalam gambar ni
Family photo raya kita yang kedua

Begitulah alkisahnya raya PKP kita. Sungguhpun ringkas, ia akan menjadi kenangan kita selamanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s