Hari ni Along dan Kak Ya berkesempatan menyertai PROKIDS (Program Kembara Intelek dan Sahsiah) di bawah kelolaan Ustaz Ebit Lew yang telah tiba di Penang untuk jelajahnya. Along pernah join program ni pada tahun 2019 tapi masa tu Kak Ya tak cukup kategori umur untuk join. Kali ni kak Ya boleh join dah 😉
Mama dan abah daftarkan nama Along dan kak Ya dengan harapan sedikit sebanyak program ini boleh menjentik sedikit hati anak-anak mama abah untuk menjadi anak yang lebih baik, soleh dan solehah dan berbakti kepada mama abah.. InsyaAllah amin..
Ustaz Ebit memang terkenal dengan sentuhan dakwah dan nasihatnya yang menyentuh dan melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya. Untuk Along, program ini diharapkan dapat membekal sedikit keperluan rohani dan motivasi untuk Along berusaha dengan gigih dalam menghadapi UPSR nanti.
Semasa PROKIDS tahun lalu, mama abah tak berkesempatan untuk hadir slot di akhir program iaitu sesi anak bersama ibubapa. Alhamdulillah kali ini, mama abah berkesempatan untuk hadir sesi ini untuk kami mendengar sedikit pesanan daripada Ustaz Ebit.
Walaupun sebentar, nasihat ustaz amat berisi dan bermanfaat untuk menjadi renungan mama abah di dalam usaha mendidik anak-anak kami.
Semoga kita sekeluarga bergandingan tangan dalam menjadikan keluarga kita mawaddah warahmah. InsyaAllah, amin…



Mama dan abah sayang semua anak-anak mama 💕