Lama saya tak menulis tentang kecantikan sejak perkongsian cerita menggunakan produk Herskin dulu. Herskin pun dah lama tidak dikeluarkan lagi di pasaran. Too bad..produknya bagus. Sejak Herskin tidak lagi di pasarkan, saya tercari-cari produk yang sesuai. Pernah suatu ketika saya terjebak dengan penggunaan produk timbang kilo kerana terpengaruh dengan kesannya, tapi efek kemilauan itu sementara sahaja. Selepas beberapa ketika, keadaan kulit tidak menjadi sihat seperti yang didambakan.

Ye..saya mencari produk yang menyihatkan kulit secara jangkamasa panjang di samping efek cantik itu. Dan sejak dari 2 tahun lepas, saya berhenti menggunakan produk seperti itu dan beralih kepada produk Mary Kay (MK) setelah bertemu dengan adik Tyra yang cantik manis yang merupakan beauty consultant MK. Insofffff saya selepas dinasihatkan tentang cara pemilihan produk yang betul untuk kulit.

Semasa mula-mula menggunakan produk MK, saya memilih untuk merawat kulit wajah saya yang banyak rosak dengan menggunakan set Timewise 3D. Setahun lebih saya guna Timewise, dan alhamdulillah, kulit saya improve banyak! Pigmentation yang tak sekata kesan dari produk yang lama telah banyak hilang dan kulit nampak lebih sihat dan normal.

Baru-baru ini MK telah mengiklankan promosi untuk bulan Februari dan set yang dipromo adalah Lumivie! Tak tau macam mana, hati tergerak untuk mencuba set ini. Yelah, kulit muka dah sihat, apa kata kita tambahkan lagi luminousity dan glowing agar lebih berseri di mata suami…haha.

Set Lumivie (gambar ihsan google)

Haaa, ini dia set Lumivie. Terjebak juga saya akhirnya! Haha! Takpe, ini reward untuk diri sendiri juga sebenarnya. Saya pakai hampir full set that is facial foam, essence water, intensive serum dan moisturiser. Buat masa ni saya tak pakai lagi mask set ni.

All except the mask

Inilah rutin penjagaan muka saya. Pertama cleanser, kedua essence water, ketiga intensive serum, keempat moisturiser dan kelima sunblock. Benda yang macam berus tu ialah skin vigorate brush MK yang saya gunakan setiap kali mencuci wajah. Kebaikan setiap satu tak perlu kot saya tulis, boleh google je untuk baca detail. Tapi yang bestnya ada 3 komponen penting yang ada dalam Lumivie iaitu Black Pearl, Opti-Bright Complex dan Samphire manakala dalam essence water ada tambahan Binchotan Charcoal selain daripada 3 bahan tadi.

Gambar sebelum (tudung biru) dan selepas (tudung koko)

Ini gambar saya sebelum dan selepas penggunaan, selang masa 3 hari sahaja. Gambar pertama diambil pada 24.2.2020 dan gambar kedua diambil pada 27.2.2020. Nampak glowing dan lembap kan kulit muka saya yang terkini? Alhamdulillah… takde rasa pedih, gatal atau kemerahan. Kulit lebih moist and supple. Saya suka!

Nanti saya akan update lagi perkembangan kulit wajah saya sepanjang penggunaan Lumivie MK ini ye! Stay tune!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s