16.2.2020 yang lalu kita berkesempatan untuk singgah ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok Kedah. Kebetulan kita sekeluarga pulang daripada program family day kawan-kawan abah di Motorola. Dari dalam kereta lagi mama mula buka cerita sejarah Lembah Bujang ni. Lepas tengok tapak penggalian bahan-bahan sejarah dan artifak di Lembah Bujang, tergerak nak bawak anak-anak semua tengok dari dekat apa itu artifak sejarah. Sesekali jom belajar sejarah ye anak-anak..

Bergambar di sebelah Perahu Sagor

Perahu Sagor ni merupakan sejenis pengangkutan utama yang digunakan di sepanjang Sungai Muda yang menjadi laluan utama membawa barang dagangan sejak kurun ke-3 Masihi. Masa ni Islam belum sampai di Tanah Melayu. Lembah Bujang ni dulu merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan di dunia semasa kurun ke-3 hingga ke 14 masihi. Macam tak percaya je kan? Perahu di belakang tu bukan replika ye, tetapi serpihan yang sebenar.

Di dalam muzium tu pulak dipamerkan artifak-artifak sejarah yang ditemui melalui ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar Lembah Bujang. Di dalamnya di pamerkan tembikar, batu-batu candi, batu-batu atau serpihan tapak bangunan, seramik dan manik-manik kaca.

Salah satu tapak candi di bahagian luar muzium

Selepas pusing-pusing dalam muzium, mama dan abah bawak semua mendaki di kaki Gunung Jerai ( ya, muzium ni betul-betul terletak di kaki Gunung Jerai) untuk melihat rupa bentuk candi. Candi ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Hindu/Buddha yang menjadi amalan masyarakat pada masa itu.

Letih jugak kita lima beranak mendaki di tengahari yang panas tu! Tapi anak-anak mama semangat dan teruja nak tengok candi yang mama cerita dalam kereta.

Candi Lembah Bujang

Ini merupakan candi utama dan terbesar di tapak kawasan yang bersejarah ni. Mama pun first time menjejak kaki di candi dan melihat sendiri rupa bentuk candi yang selama ni mama hanya lihat di buku sejarah semasa mama di sekolah menengah dulu..haha.

Candi Lembah Bujang dari sudut belakang

Menarikkan anak-anak? Mama ceritakan di sini supaya menjadi ingatan ‘sejarah’ anak-anak mama semasa korang semua dah besar nanti. Corat-coret penerokaan kita sekeluarga.

Love you all soooo much!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s