Hari ini sempena cuti awam perayaan Krismas kita sekeluarga mengambil kesempatan untuk bermandi-manda lagi. Kali ini kita tak pergi jauh, hanya di dalam Pulau Pinang, kita ke Setia SPICE Aquatic Center di Bayan Lepas.

Tempat ni memang selesa. Kebetulan semasa kita datang tadi, orang yang datang tak ramai jadi nak mandi pun seronok. Kemudahan awam yang disediakan memang memuaskan. Kolamnya bersih, well-maintained dan tandas awamnya bersih, siap ada water heater lagi. Berbaloi la dengan tiket yang dibayar. Cuma satu nak bagitau, peraturan pakaian renang di sini agak ketat, mesti ikut peraturan yang ditetapkan. Abah hampir tak dapat mandi kerana takde pakaian yang sesuai, mujur ada seluar yang sesuai, cuma tak berbaju lah! Haha! Tak banyak nak kongsi gambar abah dalam blog mama kali ini..sorry abah! :p

Suasana di sekitar kolam awam
Suasana masih lengang

Along dan kak Ya,seperti biasa, tak pernah tak enjoy bila main air. Tengoklah gambar-gambar ni. 🙂

Sliding adalah acara wajib
Kak Ya pun slide jugak

Haikal pulak sejak takut air di Bukit Gambang Water Park, dia masih takut-takut lagi nak masuk air pada mulanya.

Haikal hanya berani lepak di tepi kolam 😀

Setelah mama dan abah ‘paksakan’ Haikal masuk ke dalam kolam, barula ketakutannya berkurangan. Lihatlah momen-momen ni..

Kesayangan mama
Adakalanya Haikal masih takut, kak Ya tolong pujuk

Handphone mama bertukar menjadi ‘gopro’ anak-anak buat rakaman menyelam… haha

Ok, overall kolam ni menyeronokkan. Boleh la kita visit lagi next time..

One thought on “Mandi Lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s