Sejak filem Ejen Ali 2 mahu ditayangkan di panggung wayang, anak-anak mama dah mula teruja. Bila filem mula ditayangkan, Along dan Kak Ya tak habis-habis tanya mama bila nak belanja mereka tengok filem Ejen Ali. Bila dah tengok filem Ejen Ali, semua tak boleh move on termasuk Haikal! Haha.
Along sampai tengok dua kali, yang pertama dengan mama abah, kali kedua dengan best buddie Along. Amboi,sakan dia! Haha

Tengoklah tu, bergambar sambil pakai IRIS! Kak Ya dan Haikal pun ada IRIS. Dekat rumah asyik dengar OST Ejen Ali 2 je.

Baru-baru ini, Ejen Ali ada datang ke Mydin Parit Buntar untuk program cuti sekolah. Apa lagi, anak-anak mama memang tak melepaskan peluang berjumpa maskot Ejen Ali. Puas hati ye dapat tengok in person? Hehe

Agaknya kalau Ejen Ali tu orang, dah lama dah kena peluk si Ali tu ..haha! Macam-macam la anak mama ni 🙂