Semalam merupakan hari kegembiraan kita sekeluarga. Keputusan UPKK along keluar semalam. Alhamdulillah,syukur along berjaya peroleh 7A 1B. Mama gembira tak terkata hingga mengalirkan airmata kerana hanya kita berdua yang tau betapa perit jerihnya mama dan along berusaha untuk UPKK ini.
Mama teman along belajar siang malam, bantu along memahami subjek kafa di rumah. Marah, bebelan, teguran tu memang along asyik dengar je dari mulut mama. Semuanya untuk kejayaan along.
Mama nampak along berusaha. Daripada keputusan percubaan yang tidak memberangsangkan, along bangkit dan terus berusaha. Mama tak benarkan sedikit rasa lemah semangat along menguasai diri.
Abah memantau dari jauh dan mama percaya doa abah sering dipanjatkan untukmu sayang, our first born. Sekali sekala abah akan check progress along. Kalau ada yang tak kena dan mama tak boleh bantu, abah akan datang bantu.
Tak lupa juga ustaz dan ustazah yang sungguh konsisten dan berusaha mendidik along dan kawan-kawan di sekolah dan kelas tambahan hujung minggu. Terima kasih tak terhingga, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.



Tahniah along! Teruskan usaha untuk UPSR tahun depan pula!
πππ
Tahniah to your eldest child. πππ
Thank you so much! π