Pada 30.11.19 yang lepas julung-julung kalinya kami sekeluarga menyertai satu event FunWalk di Bayan Lepas, Penang. Ini semua gara-gara En Suami yang meracun! 😆
Sebelum ni pun saya memang meminati aktiviti fizikal macam ni, tapi kekangan masa nak melakukan latihan tu menyebabkan frekuensi latihan tu kurang…hehe. Mungkin bila Haikal dah besar sikit,senang sikit nak bersenam lebih kerap.
Sebulan sebelum event ni En Suami dah mula suruh saya training. Walaupun 5km, stamina kena ada dan supaya badan kita tak terperanjat. Sebelum mengandung Haikal dulu memang saya aktif freelatics. Lepas bersalin, slow down. Kalau di area Nibong Tebal ni, kami ada tiga port untuk jogging, Taman Ilmu, Taman Rekreasi Ampang Jajar dan Taman Rekreasi Tepian Sg Kerian.


Kebiasaannya kami sekeluarga akan jogging bersama. En Suami akan tolak Haikal di dalam stroller sepanjang masa. Along dan Kak Ya kadang-kadang kayuh basikal, kadang-kadang jogging bersama.
Event yang kami turut serta kali ni ialah PDC FunWalk 5km sempena ulangtahun syarikat PDC yang ke-50. Event bermula pada jam 7.30 pagi. Event kali ni hanya kami berdua yang join, Haikal join dalam stroller je..hehe.
Walaupun event ni namanya FunWalk, kami buat as Fun Run 5km, bukan apa, saja nak test power dulu..hehe. Alhamdulillah, saya ok je. En Suami kata saya boleh pergi jauh lagi haha.. Haikal merengek di separuh perjalanan sebab mengantuk tapi still boleh manage..


InsyaAllah next year, kami sekeluarga pula akan join event. Next is Unicorn Fun Run di Perai bulan Februari nanti 😊🦄