Cuti persekolahan 2019 telah 2 minggu bermula namun kami masih belum kemana-mana. Bukan tiada perancangan, ada. Telah dirancang sejak pertengahan tahun lagi. Kami ingin ke sebelah pantai timur pula membawa anak-anak makan angin. Destinasi yang kami pilih kali ini ialah Bukit Gambang Resort City. Di situ ada 2 tempat menarik, water park dan safari park. Sesuai sangat dengan citarasa anak-anak.

Kami bertolak ke Gambang pada 12.12.19. Bergerak seawal jam 9 pagi, kami mulakan dulu dengan sarapan di port kami sekeluarga di Sg Acheh. Selesai sarapan, jam 10 pagi kami pun mula bertolak.

Seelok-elok tengahari, kami melalui Sungkai, kami terus menyinggah ke Restoran Nasi Bamboo untuk makan tengahari. Pelanggan yang datang bukan main ramai walaupun bukan hujung minggu. Disebabkan kekalutan menyuap anak-anak makan, saya tak sempat nak snap gambar sekeping dua 😜.

Perjalanan pun diteruskan sebaik selesai makan tengahari. Kami singgah di sekejap di R&R Genting Sempah untuk menghilangkan lelah dan mengisi perut yang sedikit lapar.

Kami meneruskan perjalanan ke Gambang dan akhirnya tiba ke homestay tempat kami akan menginap selama 3 hari 2 malam lebih kurang jam 5.30 petang. Saya jumpa homestay ni melalui aplikasi Airbnb.

Homestay Ustazah Zarah ni memang sangat selesa, mendamaikan dan menenangkan dengan pemandangan kehijauan dusun di sebelah homestay milik tuan rumah di tambah pulak deko minimalist yang menepati citarasa saya yang memang penggemar seni hias rumah. Basic amenities semuanya tip top. Memandangkan homestay ni terletak di atas bukit, bila malam memang sejuk. Aircond tak perlu dipasang pun. Untuk mencari barang keperluan dan makanan pun amat mudah kerana banyak kedai berhampiran homestay ini. Servis dobi layan diri dan kedai dobi pun ada. Sangat convenient untuk traveller berkeluarga macam kami.

Malam pertama, kami jalan-jalan cari makan di sekitar pekan Gambang. Disebabkan perjalanan yang jauh dan kelaparan, kami memilih untuk makan nasi kukus di Restoran Nasi Kukus My Mama. Sedap jugak nasi kukus di sini. Menunya pun menarik. Sebahagian daripada menunya ada tertera di dinding di dalam gambar ni 🀭.


Selesai dinner, kami sempat meninjau-ninjau suasana pasar malam di pekan Gambang dan selepas itu pulang ke homestay. Tidur awal kerana perlu recharge bateri untuk tenaga esok. πŸ’ͺ🏻

Sebaik sarapan pagi, kami terus bergerak menuju ke Bukit Gambang Water Park pada jam 10 pagi. Walaupun kami tiba awal, sudah ramai pengunjung beratur mendapatkan tiket. Sekarang tiket combo dah tak disediakan, jadi kami kena beli tiket Water Park dan Safari Park berasingan. Jadi untuk sebelah pagi kami beli tiket ke Water Park dulu. Masuk je ke dalam, budak-budak dah menerpa masuk ke kawasan untuk kanak-kanak. Ada beberapa zon dan permainan di dalam water park ni. Untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Dari plan nak stay 2 jam, jadi 4 jam duduk dalam tu πŸ˜‚. Memang enjoy. Kami semua pakat merasa main air di tempat kegemaran masing-masing.

img_20191213_1141281656897353823446870.jpg

img_20191213_1118414468773452502423613.jpg

img_20191213_105955_14901881222243449292.jpg

img_20191213_1152296268063797077324639.jpg

img_20191213_123017_1960070683243115620.jpg

img_20191213_1341561842851771585465735.jpg

img_20191213_105818_0048810242391013112521.jpg

Daripada gambar nampak sangat keseronokannya! πŸ˜‚ Penat bermain dan berendam dalam air, kami semua kelaparan. Makanan luar tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam ye. Kita hanya dibenarkan membeli makanan yang dijual di dalam premis. Oh ya, cash money tidak diterima di dalam park ni ye. Semuanya e-value yang kita add in siap-siap semasa membeli tiket tadi. Nak topup di dalam park pun boleh, ada disediakan pondok untuk topup e-value tu.

img_20191213_1316318712044603199419164.jpg

Pizza di Pizza Time ni memang sempoi. Bila lapar, apa pun sedap kan!πŸ˜‹ Pukul 2.30 petang kami pun keluar dari water park dan membeli tiket untuk Safari Park pula. Hajatnya nak masuk lewat petang, tetapi setelah di sarankan oleh petugas kaunter, kami terus masuk Safari Park memandangkan cuaca berkemungkinan akan hujan pada lewat petang.

Sebaik menjejak kaki ke dalam Safari Park, kami mulakan adventure kami dengan menaiki tram ke dalam wild savannah melihat dengan lebih dekat haiwan-haiwan savannah ini tanpa kurungan atau sangkar. Haiwan-haiwan ini lepas bebas dan hanya kita yang terkurung di dalam tram. Menaiki tram ini akan mengingatkan kita dengan filem Jurassic Park. Anak-anak memang teruja melihat haiwan ini dari dekat lebih-lebih lagi ada haiwan yang berani mendekati cermin tingkap tram. πŸ˜‚. Tapi jangan risau, keselamatan anda terjamin. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Di sepanjang trip ini, kami diberi info tentang haiwan savannah ini melalui passenger guide yang ramah tamah dan kelakar. Enjoy dan fun je sepanjang ride ni!




Selepas trip dalam tram, kami berjalan kaki di dalam safari park melihat haiwan-haiwan yang dipamerkan. Infrastruktur taman safari ini agak menarik. Ia berupa multilevel building di mana setiap aras dipamerkan dengan pelbagai jenis haiwan yang biasa dan jarang kita lihat.




Antara spesis haiwan yang boleh kita lihat…







Selepas keletihan berjalan, kami pun pulang ke homestay pada pukul 5 petang. Kami bercadang untuk masuk semula ke Safari Park pada sebelah malam untuk melihat pertunjukan yang dijadualkan. Ye, tiket Safari Park valid untuk satu hari. Jadi kita boleh keluar masuk taman safari ni sekiranya kita berminat untuk melihat pertunjukan pada waktu lain dengan syarat, jangan buang tag di tangan anda tu ye!

Malam itu kami sedikit lewat, jadi kami hanya berkesempatan untuk menyaksikan pertunjukan Tarsan Adventure. Anak-anak memang enjoy!


Sebaik selesai pertunjukan, kami pun pulang ke homestay. Memang semua flat keletihan! Tapi walaupun letih, kami semua enjoy dan puas. Sekali sekala bercuti, penat pun tak mengapa ye tak? 

Keesokkan paginya kami check out awal sesudah sarapan pagi untuk bergerak ke Pantai Telok Cempedak. En Suami tiba-tiba mengajak kami singgah ke Teluk Cempedak dan Kuantan. Katanya, alang-alang dah sampai sini, kita lajak la ke sana. Saya pun ok kan je. 

Sepanjang perjalanan Gambang-Kuantan, hujan turun lebat sekali sekala renyai. Dalam hati terdetik, bagaimana nak bersiar di tepi pantai jika cuaca macam ni. Takpe, kita redah je..hehe. 

Setibanya di pantai Telok Cempedak, hujan masih renyai. Angin kuat dan laut bergelora. Kami hanya melihat pantai dan laut dari kejauhan sahaja di pondok berhampiran. Sempat juga kami membeli ole-ole untuk kenalan. 

img_20191216_131151_4008003698038102117437.jpg

img_20191214_1116203673465763748674765.jpg

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Sesuailah kami bergerak untuk mencari tempat makan tengahari. Kami memilih Restoran Nasi Ulam D’Pondok di bandar Kuantan. Menunya sangat pelbagai dan semestinya saya memilih patin masak tempoyak dan ulam-ulaman! 

img201708091323553495046788949997573.jpg

Selesai makan tengahari, perut semua pun kenyang, apa lagi kami pun bergerak pulang ke Pulau Pinang. Alhamdulillah, percutian kali ini walaupun singkat, cukup untuk menggembirakan anak-anak. Itu yang penting 😊

Kemana pulak kami selepas ni, kita tunggu je. Till then, adios! πŸ’ž