Cuti panjang bersempena sambungan 2 hari cuti umum baru-baru ini, kami memilih Melaka sebagai destinasi kami sekeluarga yang seterusnya untuk kami berlibur. Percutian pendek ini telah kami rancangkan sejak awal tahun lagi. Hotel perlu ditempah lebih awal kerana umum memang sedia maklum, Melaka sememangnya hot spot percutian di Malaysia. Trip kali ini kami pilih 8-10.9.18.

Seminggu sebelum tarikh percutian, kami dapat tahu TUDM akan mengadakan Hari Terbuka. Pada mulanya kami berbelah bahagi untuk ke event itu memandangkan kami sudah merancang untuk ke Melaka pada hari yang sama. Tetapi memandangkan sudah 8 tahun kami sekeluarga menanti event itu, kami bercadang untuk singgah sebentar untuk memberi peluang anak-anak kami melihat pesawat-pesawat ketenteraan dari dekat lebih-lebih lagi anak sulung kami memang meminati jet pejuang. Oleh kerana jam yang teruk ke lokasi, kami tiba agak lewat dan kami terpaksa bergerak ke Melaka pada jam hampir 2 petang. Walaubagaimana pun kami semua puas hati dapat menyinggah sebentar untuk up close and personal dengan jet dan pesawat pejuang. Rezeki anak-anak.

Perjalanan ke Melaka terasa agak panjang walaupun tiada kesesakan jalanraya yang teruk. Mungkin kami keletihan setelah balik dari Hari Terbuka TUDM. Kami tiba di bilik penginapan kami di Mahkota Hotel Melaka pada jam 11 malam. Setelah membersihkan diri, kami semua tidur kepenatan.

Pagi kami disambut keesokkan harinya dengan cuaca hujan. Alamak, macam mana nak berjalan ni! Ramalan cuaca mengatakan hujan akan reda jam 9 pagi nanti. Kami bersiap-siap dulu dan menikmati sarapan pagi di restoran berhampiran. Alhamdulillah, sebaik kami habis makan pagi, hujan pun mula berhenti.

Pagi yang mendung & hujan
Sarapan dulu sambil menanti hujan reda

Tempat lawatan di bandar Melaka hanya walking distance sahaja. Sambil berjalan-jalan, kami melihat bangunan-bangunan di sekitar kota A Famosa dan Stadthuys sambil menceritakan sejarah Melaka serba sedikit kepada anak-anak. Ketika kami baru memulakan langkah, kami didatangi seorang pakcik penunggang beca yang menawarkan perkhidmatan tour di sekitar kawasan bersejarah itu dengan menaiki beca. RM25 untuk memberi anak-anak pengalaman menaiki beca. Anak-anak pastinya teruja.

Selepas beca ride, kami anak beranak mendaki Bukit St Paul untuk melihat runtuhan St Paul’s Church. Kifli & Safiyya sempat membeli buah tangan, alat muzik harmonika di sana.

Sebaik kami menuruni Bukit St Paul, hujan turun sangat lebat dan kami pun berteduh di Muzium Arkitektur di kaki bukit itu. Lama juga kami tumpang berteduh hingga hujan reda. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Muzium Kesultanan Melaka. Anak-anak lebih gemar ke sudut sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat berbanding bahagian yang lain..haha. Mungkin kisah pendekar terulung itu lebih dekat di hati mereka. Jam 1 petang kami pun beredar.

Kami tiba di bilik hotel selepas makan tengahari jam 2.30 petang. Kerana kepenatan, kami berehat di bilik hotel sepetang itu. Pada mulanya kami ingin ke Jonker Walk pada lewat petang dan menaiki River Cruise pada sebelah malam. Malangnya jalan ke pusat bandar jam teruk ,sehingga satu servis Grab pun tidak berminat untuk mengambil kami di hotel. Mujurlah Mahkota Parade menyelamatkan keadaan..haha. Kami berlegar-legar di sana sahaja pada malam itu.

Hari ketiga kami check out awal pada jam 9 pagi. Sesudah sarapan, kami sekeluarga ke gerai kraftangan berdekatan untuk mendapatkan ole-ole dari Melaka. Masing-masing dapat habuan..haha

Customised nama pada t-shirt

Destinasi kami seterusnya ialah Muzium Kapal Selam. Difahamkan kapal selam yang dipamerkan di situ adalah the real kapal selam yang tidak digunakan lagi oleh TLDM.

Di ruang pelancar torpedo
Bilik tidur kapten kapal selam

Di luar kawasan muzium juga terdapat 2 jet pejuang dipamerkan kepada umum.

Di sekitar kawasan muzium itu disediakan juga tempat horse ride. Apa lagi, anak-anak pun ambil peluanglah! Kami turutkan sahaja kehendak mereka asalkan mereka seronok.

Destinasi kami sebelum pulang ke Penang ialah menikmati makan tengahari di restorang yang terkenal dengan asam pedasnya, Restoran Asam Pedas Hajah Rahmah di Bukit Katil. Overall, asam pedasnya memang power! Biar gambar berbicara

Asam Pedas kepala ikan

Sesudah makan tengahari di situ, kami pun bergerak pulang ke Pulau Pinang. Kemana pula trip kami sekeluarga selepas ini ye? Kita tunggu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s