Sudah 10 bulan usia Haikal sekarang. Baru inilah mama Haikal sempat nak masuk entry di blog mama ni. Ini juga 1st entry mama untuk tahun 2018 ini. Ye, mama dah lahirkan Haikal pada 22.10.2017 yang lalu. Haikal lahir pada jam 3.24pm di KPJ Penang Hospital, spontaneous vaginal delivery, Alhamdulillah, 2.97kg.
Hari pertama melihat dunia
Kak Ya berkenalan dengan adik
Beberapa hari selepas kelahiran, Haikal mendapat kuning ataupun neonatal jaundice. Tetapi Alhamdulillah, kuning Haikal dapat dikawal tanpa perlu dimasukkan ke hospital. Pada awalnya, mama memang dah standby nak sewa lampu phototherapy jikalau Haikal memerlukan, tapi nasib baik kuning Haikal tidak mencecah nilai tinggi sehingga memerlukan rawatan lampu.

Selepas 2 minggu, barulah kuning Haikal pulih seperti sedia kala
Pada usia Haikal 2 bulan, Haikal pergi menjalani follow up pertamanya di klinik kesihatan & mendapat 1st jab di klinik. Dan disusuli selepas itu dengan beberapa siri follow up lagi hingga kini. Alhamdulillah tumbesaran Haikal dalam range normal.

Cukup usia masuk 3 bulan, mama perlu masuk kerja semula. Haikal mama serah pada Mak Teh untuk mengasuh Haikal semasa mama bekerja.

Haikal sudah boleh merangkak di usia 8 bulan ☺️
Haikal kini… 10 bulan 😘