Pada lewat bulan Mac yang lalu, kami sekeluarga telah berkesempatan untuk bercuti ke Bandung, Indonesia (23-26 Mac 2018). Sudah tentulah anak-anak yang paling teruja! Cuma kami sebagai ibubapa sedikit sibuk dengan persediaan mental & fizikal membawa anak-anak kecil pergi bercuti di luar negara, tambahan pula Haikal masih berusia 5 bulan pada ketika itu. Hanya berdoa agar semua urusan sepanjang percutian di permudahkan…

22.3.18

Kami bergerak dari Penang terus ke Putrajaya Sentral. Dari Putrajaya Sentral, kami menaiki KLIA Express ke KLIA2.

Menaiki tren ke KLIA2

Lebih kurang jam 8 malam kami check in di Tune Hotel KLIA2. Kami lebih selesa bermalam dahulu daripada bergerak dari Penang pada hari berlepas. Lebih relaks dan tidak terkejar-kejar. Selepas makan malam, kami terus balik ke hotel dan masuk tidur awal kerana jam 4 pagi keesokkannya kami semua perlu bangun bersiap-siap untuk flight pada awal pagi jam 6.30am.

excited nak masuk ke dalam plane

23.3.18 (Hari 1)

Kami tiba di Bandung lebih kurang jam 9am, (8am waktu Indonesia). Cuaca sejuk & nyaman sahaja pada waktu itu. Oh ya, lupa saya nak beritahu, trip kali ini disertai oleh 4 sekeluarga kenalan fotografi suami.

View Bandung sewaktu flight mula nak landing

Menjejak kaki di Bandung buat pertama kalinya

Setibanya kami di sana, kami disambut oleh supir kami dengan van rombongan kami. Sebelum memulakan perjalanan, kami singgah dahulu sarapan pagi di sebuah kedai masakan Padang, lupa pula saya nama restorannya….

Ketika di dalam van

Sempat juga berjalan-jalan di sekitar kawasan berdekatan restoran itu..

Pemandangan sekitar Bandung

Acara pada hari itu hanya meninjau-ninjau persekitaran bandar Bandung sebelum kami check in dan berehat sebentar di sebelah petang di tempat penginapan kami, Apartment Golden Gateway Ahmadyani.

Kami bersiar-siar semula pada sebelah malam dan sempat menikmati makan malam di sebuah cafe Kedai Belacan. Sedap-sedap menunya, sambil kami dihiburkan oleh satu kumpulan buskers tempatan.

Selepas dinner, kami window shopping di Paris Van Java.

24.3.18 (Hari 2)

Perjalanan kami pada hari kedua dimulai dengan lawatan ke Kawah Putih. Malangnya pada hari itu, cuaca mendung dan hujan renyai-renyai semasa awal perjalanan hingga ke puncak gunung. Perjalanan mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam. Setibanya kami di Kawah Putih, hujan turun dengan lebat. Kami rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat bergambar dengan sepuas-puasnya di situ disebabkan angin yang kuat, hujan dan cuaca sangat sejuk. Selepas mengambil beberapa keping gambar, kami bergegas masuk ke dalam van semula.

Makan jagung bakar selepas kesejukan di Kawah Putih

Selepas cuaca sedikit reda, kami ke lokasi wisata seterusnya, Situ Patenggang. Ia tempat di mana terdapat sebuah bahtera buatan di tepi sebuah tasek Situ Patenggang. Tempat ini memang indah sekali pemandangannya..Cuaca masih lagi sangat sejuk..

Kami tiba semula di Bandung pada lewat petang dan terus singgah makan malam di sebuah gerai yang menjamu nasi pecel dengan pelbagai pilihan lauk . Di sini nasi dihidangkan panas-panas bersama lauk mentah yang kami telah pilih di mana lauk ini akan digoreng pada waktu itu juga. Dengan cuaca yang baru reda hujan, sudah pastilah juadah yang dihidang panas-panas begini sangat menyelerakan bersama air teh tawar panas…

Usai selesai makan malam, kami singgah sebentar di kedai menjual barangan outdoor jenama Eiger. Sempat juga saya membeli sebuah beg untuk dibawa pulang. Seterusnya kami singgah sebentar di kedai menjual keropok dan pakaian dalam misi membawa buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti. Setelah keletihan yang teramat, kami pun pulang berehat di apartment..

🙄😜

Apahal pulak along ni 😂

25.3.18 (Hari 3)

Pada hari ke 3 lawatan, Haikal di serang cirit-birit. Oleh sebab bimbangkan kesihatan Haikal, kami menarik diri daripada mengikuti rombongan lawatan kami pada hari itu dan mengambil keputusan untuk hanya tinggal di apartment sahaja. Kasihan Haikal, sungguhpun dia hanya minum susu ibu sahaja, nyata dia masih boleh mendapat tempias perubahan pengambilan air di sana. Kelam kabut juga kami mencari ubatan untuk Haikal sampai bekalan pampers pun habis digunakan. Kami hanya menghabiskan masa di sekitar apartment kami sahaja pada waktu siang. Sempat juga kami merasa KFC di Bandung sebagai lunch kami sekeluarga.. ternyata extraordinary..

Mencari ubat untuk Haikal
Bergambar di depan apartment kami

Pada sebelah malam, keadaan Haikal semakin baik. Kami pun mengambil kesempatan untuk jalan-jalan sendiri ke Trans Studio Mall untuk mencari lokasi dinner dan mencuci mata…

26.3.18 (Hari 4)

Ini merupakan hari terakhir lawatan kami dan ini adalah hari shopping! Selepas makan pagi, kami checked out dan bershopping seharian di Pasar Baru, syurga membeli belah di Bandung haha. Selepas penat berbelanja, kami menikmati makan tengahari di situ. Menarik presentasi menu-menunya..

Selepas Pasar Baru, kami pergi ke sebuah kedai menjual kek dan gula-gula terkenal di Bandung..maaf saya lupa namanya. Jam sudah hampir 5 petang kami harus bergerak ke airport. Sebelum ke sana, kami singgah makan malam dulu siap-siap di sebuah restoran nasi Padang, Mitra Sederhana Pasteur. Makanannya…not bad

Tiba di airport

Muka budak baru baik AGE 😅. Kak Ya snap gambar sambil tunggu ketibaan flight ke Kuala Lumpur

Kami tiba agak lewat di Malaysia, hampir tengah malam. Kami semua amat kepenatan, tambahan pula dengan Haikal yang tidak berapa sihat. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga sangat enjoy dengan vacation ini dan insyaAllah jika ada rezeki, kami akan lakukan lagi pada masa akan datang…

🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s