Assalamualaikum anak-anak mama… Pagi tadi on the way mama pergi kerja, mama sempat mendengar satu perkongsian daripada ustazah Asma’ Harun. Menarik tajuk yang dikongsi pada pagi ni yang menggerakkan hati mama untuk tambah satu corner khas dalam blog mama ni untuk tatapan dan bacaan anak-anak mama kelak.

Apa yang dikongsikan? Mama boleh katakan sebagai ilmu pendinding diri secara am. Ustazah ada ceritakan tentang gangguan makhluk-makhluk halus di dalam kehidupan kita. Kita memang dah biasa kan dengan kejadian-kejadian ni. Abah dah biasa dedahkan kita dengan pengalaman-pengalaman mistik ni. Mama nak pesan pada anak-anak mama, ada beberapa amalan harian yang kita kena amalkan untuk elakkan jin atau syaitan datang masuk rumah kita..

Antaranya yang paling penting, adalah amalan menjaga kebersihan dan kekemasan di dalam rumah kita. Antara amalan yang ustazah Asma’ ada sebut dalam tazkirah tadi adalah meninggalkan sisa-sisa makanan di dapur atau di dalam rumah. Jin amat suka makan tulang-tulang. Sebab itu mama selalu pesan, lepas makan, rajin-rajinlah membersihkan pinggan mangkuk dan sisa makanan kita. Basuh pinggan mangkuk dengan sempurna, dan buang sisa makanan kita dengan sempurna. Maksudnya ikat sampah dan buang di dalam tong sampah, dan tutup. Ini untuk mengelakkan daripada jin datang singgah ke dalam ruang rumah kita.

Satu lagi, ustazah pesan, jin ni suka makan asap. Jadi elakkan la amalan-amalan kita yang suka membakar asap contoh, hisap rokok/vape, membakar kemenyan, dan membakar sampah pada waktu senja…infrared pada waktu senja memberi energi kepada jin.

Mama ada terbaca, amalan suka melonggokkan baju-baju yang tidak dibasuh, dan tidak melipat dan menyimpan pakaian-pakaian kita juga menjadi tempat kegemaran jin untuk ‘lepak’. Sebab itu, mama memang akan sentiasa pastikan baju-baju kita dibasuh hari-hari, dilipat dan disimpan di almari. Satu, memastikan rumah kita dalam keadaan kemas dan kedua, untuk elak jin datang menyinggah.

Jadi, rajin-rajinlah amal kebersihan dalam hidup kita ye…

Ustazah ada kongsikan 1 amalan doa yang elok diamalkan untuk pendinding diri daripada jin dan syaitan dan juga boleh diamalkan untuk lindung kita daripada gangguan dan bisikan syaitan. Surah Al-Mukminun ayat 97-98. Amalkan la ye ayat ini…

Ustazah juga ada kongsikan satu doa yang Rasullullah suruh kita amalkan untuk memohon pertolongan daripada Allah. Allah sangat suka hambaNya yang selalu meminta dan insyaAllah, Allah akan bantu kita kalau kita meminta kepadaNya…Jangan malas berdoa dan meminta pada Allah…

Wallahualam

πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s