Wahhh, 22.10.22 yang lepas Haikal dah genap 5 tahun! Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru beberapa tahun je mama lahirkan Haikal.
Alhamdulillah, syukur mama dan abah panjatkan kepada Allah kerana sepanjang Haikal membesar hingga ke usia 5 ini, Allah banyak permudahkan urusan mama abah membesarkan Haikal. Sedari kecil, Haikal seorang anak yang tak banyak ragamnya. Allah kurniakan Haikal kesihatan yang baik, dan murah rezeki.
Haikal di kelilingi orang-orang yang amat menyayanginya. Waktu mama habis pantang dulu, mama risau juga memikirkan siapa yang akan mengasuh Haikal sepanjang mama bekerja. Ye, diberi pengasuh yang baik dan penyayang juga rezeki daripada Allah. Mak dan Wan mengasuh Haikal hingga umur 4 tahun sebelum Haikal melangkah masuk ke alam tadika pada bulan Februari yang lepas. Mak, Wan, kak chik, kak ana, abg bola, abg ball, abg atan dan baby hana, semuaaaaaa sayangkan Haikal.
Walaupun Haikal dah masuk sekolah tadika, bila rindu datang, Haikal mesti mintak nak pergi rumah Mak. Mana taknya, semua orang layan Haikal. Apa nak, semua dapat. βΊ
Biarlah ukhwah ini kekal sampai bila-bila, insyaAllah…
Haikal seorang budak yang ceria, baik, dengar kata, dan sentiasa jaga adab dan tingkahlaku. Suka tersenyum. Kalau bergambar, suka posing dengan senyuman yang ceria. Tapi Haikal mudah sangat menangis kalau kena marah, sensitif… Satu yang mama perasan dengan sikap Haikal, Haikal seorang yang show his love to his loves one. Dia akan tiba-tiba peluk mama dan cakap Haikal sayangggg mama sangat. Kiss tu memang dah semestinya. Haikal ada perasaan empati kalau tengok orang lain perlu bantuan. Mama harap Haikal teruskan tanam sikap murni tu ye…
Birthday Haikal kali ni, Haikal sambut dengan kawan-kawan di tadika. Mama abah belikan kek tema space & solar system sebab Haikal nak sangat jadi astronaut, insyaAllah. Mama abah along, kak ya sentiasa doakan Haikal berjaya dunia akhirat.






π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦π¦