Safiyya dah 9 bulan dan safiyya suka makan! Sejak safiyya mula dgn weaning diet lagi dia sudah dibiasakan dgn masakan mamanya.. 🙂 yup, i prefer to give my children fresh homemade cooking. Memang kadangkala letih juga nak prepare makanan Safiyya setiap hari utk bawa bekal ke rumah babysitter, tapi ia memberikan kepuasan! Justeru itu, gadget-gadget inilah yang bnyk membantu dan memudahkan kerja-kerja memasak mama…
Ini dia Mama’s favourite gadget, Avent combined steamer & blender! Memang bnyk membantu dan mempercepatkan proses memasak makanan bayi. Masukkan semua bahan-bahan memasak seperti sayur-sayuran, ikan,daging, ayam, buah, ubi atau apa2 jua kecuali beras! Steam kan bahan-bahan itu dan selepas selesai proses kukus, hanya terbalikkan bekas utk proses mengisar! Kemudian campurkan bahan2 tadi kedalam bubur nasi yg dimasak berasingan tanpa tambahan garam atau gula. Makanan sedia dimakan utk Safiyya! Memandangkan safiyya dah pandai mengunyah, proses mengisar tak perlu lama sgt.. 🙂
Untuk idea2 resepi pulak, buku ini memang bnyk memberi ilham… sgt berkhasiat!
Selalunya disebabkan kepenatan, mama akan masak dlm amount yg bnyk utk bekalan 2 hingga 3 hari. Makanan akan disimpan didalam freezer sehingga masa utk disuap kepada Safiyya…dan selalunya memang Safiyya habis makan…
Mama memang kena selalu rajin masak sebab Safiyya tak suka makan instant cereal….