Cuti sekolah dah bermula. Mama abah dah plan nak bawak anak-anak semua bercuti ke Pulau Pangkor. Lama tak vacation kan? Kak Ya pun dah habis UPKK, jadi eloklah kita pergi makan angin untuk destress diri masing-masing. Mama pun tahun ni sangatlah busy dengan kerja-kerja di ofis tanpa henti. Bila dah hujung tahun ni, rasa ada tempoh bernafas sekejap sebelum mulakan enjin semula dengan kesibukan 2023.

Hari 1 (17.12.22)

Kita bergerak keluar dari rumah seawal jam 8.30am. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan kita sampai di Lumut dalam jam 11am. Sebaik tiba di sana, kita terus singgah di Restoran D’Warisan untuk makan tengahari. Bila datang ke restoran ni, mama akan terimbau kenangan kita makan di sini bersama Tok dan Uci semasa Family Day kita dulu. Menu-menu selera kampung dan ikan bakar di restoran ni memang pelbagai. Bila perut dah kenyang, hati pun senang kan… πŸ˜„

Selesai luncheon, masa untuk ke Jeti Marina untuk membeli tiket ke Pangkor. Suasana di jeti agak sesak sebab musim cuti sekolah. Kita managed dapatkan tiket feri pada jam 1.45pm.

Tiba di Lumut sedang elok dalam jam 2.30pm. Nak dapatkan teksi pink di sana memang mudah sebab sentiasa ada yang menanti di jeti. Abah pulak deal dengan penyewa motor, senang nak gerak kesana-sini nanti kalau ada motor.

Kita tiba di Puteri Bayu Beach Resort dalam pukul 2.50pm. Bila dah dapatkan kunci bilik, kita terus check in. Sampai di bilik, mama unpack barang dan berehat sebentar menghilangkan lelah. Selepas Asar, abah dan anak-anak terus ke kolam mandi menghilangkan rindu mandi kolam 😁. Mama masih letih, cukuplah sekadar merakam video dan gambar untuk kenangan…

Sebelah malam pula, kita bersiar-siar di sekitar kawasan hotel untuk meninjau-ninjau amenities yang ada di situ. Kebetulan ada pula Festival Cuti-cuti Pangkor yang sedang berlangsung di Arena Pangkor. Ada Karnival makanan juga. Kita sempat singgah dan pusing-pusing tengok apa yang menarik di situ.

Dah penat dengan aktiviti seharian kita, masa untuk melelapkan mata…

Hari 2 (18.12.22)

Bangun pagi dan usai sarapan, kita morning walk sekejap di tepi pantai. Memang mendamaikan. Nature memang ubat terbaik untuk mental dan jiwa…

Waktu berjalan-jalan tu, mama bersembang dengan abah, apa plan kita untuk hari kedua ni. Kalau ikut usul mama, jom la kita island hopping dan snorkelling, aktiviti wajib kalau ke pulau peranginan ni. Abah on je. Lepas beach walk, mama dan abah naik motor ke Teluk Nipah, survey pakej snorkelling. Dah jumpa pakej yang berkenan di hati, kita semua terus bersiap-siap.

Kita semua naik speed boat kecil muat untuk kita berlima ke Pulau Giam atau Coral Island untuk snorkelling. Island hopping tak payah la kot kali ni. Bayaran pakej pun ok je, RM80 takde limit hours. Dah puas bercanda di pulau, call je suruh depa ambik kita balik.

Sejam jugak kita di sana. Mama hanya mandi di bahagian belakang pulau. Abah dan anak-anak sempat pergi snorkelling di bahagian depan pulau di mana airnya lebih dalam dan lebih banyak ikan. Dapat la fish feeding puas-puas, rasa ikan makan di tangan kita. Tapi malangnya action camera abah rosak pulak, tak dapat nak snap gambar dan video di situ.

Balik dari snorkelling, terus cari tempat lunch di Teluk Nipah. Perut memang lapar sangat dah! Kita makan di gerai Liasari, sedap masakannya. Sebaik sampai hotel, semua terus membersihkan diri dan solat. Sepetang tu kita rehat dan tidur keletihan. πŸ₯±

Waktu malam pulak, kita dinner di gerai ikan bakar yang berdekatan. Dah kenyang, kita pergi jalan-jalan di tapak Karival Makanan mencari kudapan. Dapat la merasa pengalaman makan biskut gas nitrogen main hembus-hembus asap sejuk 😁

Apa-apa pun, jom layan video kita seharian ni…

Balik ke bilik hotel, along, mama dan abah tengok live perlawanan Piala Dunia tengok favorite team Along, Argentina vs France. Match mula pukul 11pm. Final ni akhirnya rezeki Argentina jadi juara piala dunia. Seronok sangat Along bila fav player dia Leo Messi junjung piala dunia. Mama pulak happy sebab Mbappe dapat award Golden Boot.

Hari 3 (19.12.22)

Hari ketiga ni lebih kepada aktiviti santai-santai je. Lagipun kita ada motor je, so payah sikit nak angkut semua orang untuk kemana-mana tempat. Semua pun dah besar-besar kan.. πŸ˜…

Pagi itu kita semua mandi kolam sepuas-puasnya. Tengahari mama abah tapau lunch, kita makan sama-sama tepi kolam mandi.

Lunch nasi bungkus tepi kolam

Lepas mandi kolam berjam-jam, makan kekenyangan, apa lagi, petang tu tidur keletihan semua orang. Konon petang nak bersiar-siar di pantai Pasir Bogak… 😴. Esok pagi jelah, kita tukar plan.

Lepas dinner di Ridzmie Kitchen, kita singgah di Arena Pangkor untuk sesi beli-beli pulak. Banyak beli untuk anak-anak je pun.. 😊

Hari 4 (20.12.22)

Selepas breakfast, mama cadang pada abah untuk berjalan dan ambil gambar di pantai Pasir Bogak. Ada port ambil gambar yang menarik gak di situ. Tempat pulak dekat sangat dengan hotel.

Tibalah akhirnya sudah di hujung percutian kita di Pangkor. Selesai packing barang-barang, masa untuk check out dan balik ke Penang…

Sebelum tu, mama selitkan gambar kenangan kita di Pangkor pada tahun 2015. Dulu kita stay di Sea View Resort & Hotel, dekat je dengan Puteri Bayu.

🏝🏝🏝🏝🏝🏝🏝🏝🏝🏝

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s