Cuti sekolah baru-baru ni, kita ke Kuala Lumpur untuk rasai sendiri pengalaman berjalan di dalam bandar. Kali ni kita berjalan, cara lebih tourist, hehe. Percutian kita adalah pada 16-19.12.23. Ini adalah ittenary trip yang mama abah rancang sebelum kita ke KL. Kali ni kita jalan cara backpackers. Kita guna public transport. Kereta rehat di homestay 🀭

16hb

  • check in
  • rehat
  • Naik LRT ke River of Life (malam) (LRT Kg Baru —> LRT Masjid Jamek)
  • Jalan kaki dari ROL ke central market menikmati street view malam
  • Dataran Merdeka
  • Balik ke apartment dari LRT central market —-> LRT Kg Baru

17hb

  • Naik grab ke bus stop Kg Baru
  • tour bus hop on hop off (tukar bas di Sg Wang ambik garden route)
  • singgah Central Market (lunch area sana)
  • naik bus tour semula (KIV tugu negara/dataran merdeka optional)
  • turun di Sg Wang ambik bas city route utk balik ke aparment
  • malam rehat di apartment shj

18hb

  • LRT Kg Baru — LRT KLCC
  • jalan2 sekitar KLCC (petrosains, suria KLCC)
  • LRT KLCC – LRT Kg Baru
  • malam rehat di apartment

19hb

  • mandi kolam
  • check out

16.12.23 (Sabtu)

Kita stay di Legasi Kg Baru untuk trip kali ini. Fuad Suite ni pilihan kita. Kita pilih Legasi Kg Baru ni sebab lokasinya yang strategik, betul-betul menghadap KLCC dan Saloma Link. Legasi ni jugak dekat sangat dengan LRT Kg Baru. Sebelah bawah bangunan ni, memang syurga makanan di Kg Baru. Convenient sangat! Homestay pulak memang menepati keperluan kita anak beranak. Paling mama suka ada mesin basuh πŸ˜‚, senang tak perlu bawa baju banyak sangat. Siang dan malam view memang lawa.

Malam tu kita meronda ke River Of Life dan Dataran Merdeka, lihat suasana malam di sana. Naik LRT Kg Bharu ke LRT Masjid Jamek. Seterusnya jalan kaki sahaja. Memang sempoi.

17.12.23 (Ahad)

Hari kedua trip kita (17.12.23) kita memilih untuk menggunakan bas hop on hop off untuk ronda-ronda KL. Bagi feeling acah-acah tourist sikit πŸ˜‚ .

Untuk naik bas ni, kita beli tiket melalui online. Kita boleh naik dan turun di mana-mana stop yang ditunjukkan di dalam map route. Ada 2 jenis route, City Route dan Garden Route. Bila pilih mana-mana route atau nak lalui kedua-dua route pun boleh, tapi perlu tukar bas di Interchange Sungei Wang Plaza.

Tiket utk day trip valid dari 9am-6pm hari yang sama. Kita semua enjoy sangat! Sampai di stop Central Market, kita turun untuk menuju ke Central Market @ Pasar Seni. Ronda-ronda dan lunch di sana.

Bila hari dah petang, masing-masing tak larat nak sambung naik bas, so kita just short cut our journey dengan menaiki LRT untuk pulang ke homestay kita. Bagai nak tercabut kaki kita semua keletihan berjalan πŸ˜‚ Tapi takpe, kita semua rasa puas sangat. Baru betul berjalan kan!

18.9.23 (Isnin)

Hari ketiga percutian, kita ke KLCC pulak. Naik dari LRT Kg Baru ke LRT KLCC. Destinasi tujuan kita adalah ke Petrosains. Corat coret perjalanan trip hari ke-3 kami di Kuala Lumpur, melawat Petrosains KLCC pada 18.12.23 di dalam video ni ye.

Sebelah malam pulak, kita pakat jumpa Ciksa di rumahnya di Bangi. Ciksa bawak kita gi makan Sate Hj Samuri di Kajang.

19.12.23 (Selasa)

Hari ke-4 dan hari terakhir kita di KL, kita santai-santai mandi-manda di infinity pool di Legasi ni sebelum check out. Mama tak mandi, sebab nak simpan energy nak packing dan masih keletihan dari 3 hari trip kita πŸ₯±

Berakhirlah sudah percutian kita anak beranak kali ini. Walaupun semua pakat letih, tapi masing-masing happy dan puas.

πŸš‰πŸš‰πŸš‰πŸš‰πŸš‰πŸš‰πŸš‰πŸš‰πŸš‰πŸš‰

Leave a comment