Cuti Malaysia baru-baru ni, adala mama abah plan short vacation ke Cameron Highlands. Saje, buat hilang boring duduk rumah. Short stay over the weekend je. Itenary jalan-jalan pun chill-chill je. Takde terkejar-kejar, rushing nak cover banyak tempat. Ini ittenary yang dirancang sebelum ke Cameron Highlands.
Itenary 15-17.9.23
15.9.23
6pm – bertolak
10pm – check in dan rehat
16.9.23
am – breakfast
- agro market CH
pm – lunch di abang strawberry
- cat house
- balik homestay
mlm – steamboat
– ronda2 cameron centrum (ala eropah)
17.9.23
am – breakfast
- Mossy forest
- check out
15.9.23 (Jumaat)
Kami bertolak lewat sebelah petang. Dengan harapan nak elak jem di CH. Percaturan kami berjaya. Perjalanan lancar. Kami sampai di homestay lebih kurang jam 11pm. Cuaca memang sejuk la time tu. Kami stay di Delisha Homestay @ Aranda Nova. Lokasi dia memang strategik. Jom tengok housetour ni.
16.9.23 (Sabtu)
Hari ini kami ke Agro Market, new attraction di CH. Dalam tempat ni dipenuhi dengan tanaman bunga yang segar-segar. Ada jugak taman burung di dalamnya. Boleh pegang burung atas tangan kita. Ada jugak kambing biri-biri, arnab dan kucing tapi tak boleh nak pegang secara lebih dekat.
Sebelah petang, selesai makan tengahari, kami ke Cat House pulak. Tempat ni pun new attraction di CH. Kami kalau bab main kucing ni, memang suka! Jom layan 2 video di bawah.
Sebelah malam kami hanya dinner di sekitar homestay dan berehat lepak-lepak di homestay. Cuaca pulak hujan sepanjang malam.
17.9.23 (Ahad)
Plan asal kami pada hari kedua ni nak naik Mossy Forest, tapi disebabkan hujan sampai ke pagi, kami batalkan plan tu. Takut pulak jalan bukit yang licin. Bahaya pulak. Jadi selepas check out, kami terus ke Kea Farm membeli serba sedikit makanan untuk di bawa pulang ke rumah. Beli buah-buah dan ubi jepun. Selesai urusan, bertolak la kami balik ke Penang.
🚗🚗🚗🚗🚗🚗🚗🚗🚗🚗