Masa bulan 3 yang lepas, mama dapat tahu yang Ella nak buat konsert mega bulan Jun nanti. Masa tu hati mama berbelah bahagi nak pergi ke tak. Mama sembang dengan acu mama (ucicu) sebab dia pun fan Ella jugak. Acu kata apa lagi, jomlah. Bila lagi nak pergi. Lama dah tak pergi tengok konsert Ella. Mama ni tau je lah, peminat Ella sejak mama di bangku sekolah rendah lagi (1992). Teruja sangat tapi takut pulak nak tanya abah π
Mama beranikan diri tanya abah, gamble je lah. Cuba nasib. Bila mama tanya abah, sekali tanya je abah kata ok, pergilah. Sebab mama cakap mama nak pergi dengan acu, cikda dan cik bella. Seronok sangat tu memang tak boleh nak gambarkan.
Mama mintak cik bella battle sama dengan mama untuk beli tiket online. Masa tu tiket konsert 1st day dah SOLD OUT! Mama nak try beli tiket 2nd day. Alhamdulillah dapat. Dapat beli seat yang dekat dengan stage.
So next step, mama terus booking homestay untuk kita semua. Initial plan abah akan ikut kita semua. Tapi akhirnya masa bulan Jun abah tak dapat join sebab abah susah nak ambil cuti as abah baru kerja di tempat baru. So mama redah drive sendiri ke KL, bawak uci teman haikal, kak ya dan of course ucicu. Kita berlima ke KL.
10.6.2023 (Sabtu)
All went well. Hari Sabtu mama, kak ya dan haikal balik ke Tapah, tunggu ucicu di sana. Kita tidur semalam di Tapah. Ucicu pun lepak sama. Kita chillin pergi pasar malam for dinner.
11.6.23 (Ahad)
Pagi ahad tu kita semua bertolak ke KL. Sempat singgah breakfast di Mee Kari Lina di Bidor.
Kita sampai agak awal di homestay kita (Equine Residence) . Homestay kita bersebelahan dengan Aeon Taman Equine. Memandangkan masa sampai tu lunch hour, kita lepak di Sushi King Aeon sebelum ambil kunci dari owner homestay.
Selesai lunch, mama tapau siap2 dinner untuk Uci, Kak Ya dan Haikal sebab malam nanti mama dan ucicu keluar gi konsert. Semua dah ready, kita pun check in homestay kita di Equine Residence. Masuk-masuk je, kita disambut dengan suasana homestay yang selesa dan tenang. Yang penting sekali, BERSIH dan kemas sangat. Mama nak save contact link FB owner dia atau whatsapp di sini in case kita nak stay lagi disini next time.







Meanwhile, mama dan ucicu terus mandi dan bersiap-siap untuk nak ke homestay Cikda dan Cik Bella. Diorang duduk area axiata arena. Mama dan acu naik grab dari tempat kita pukul 5pm. Lebih kurang 5.30 kitorang dah sampai ke tempat Cikda, Aurora Place Bukit Jalil.
Sempat la kami layan video-video Ella sambil bersiap, bermekap dan solat maghrib siap-siap di apartment sebelum gerak ke Axiata Arena. Cikda drive kami semua kesana. Kami sampai di Axiata Arena ngam-ngam pukul 8.30pm sebelum konsert bermula. Fuhhhh kami semua memang teruja lah! Mama apa ntah lagi. Die hard fan la katakan… π Jom layan 2 compilation video konsert yang mama rakamkan untuk kenangan mama.
Konsert Ella habis dalam jam 12am lebih. Mama memang PUAS HATI dan masih tak boleh move on sampai sekarang π Cikda bawak mama dan ucicu minum lepak kedai mamak lepas hantar Cik Bella balik. Sampai homestay kita dalam pukul 3am. Selesai mandi dan solat Isyak, mama lena tak ingat dunia..
12.6.23 (Isnin)
Hari ni kita semua akan balik ke Penang semula. Tapi sebelum tu kena hantar uci dgn ucicu dulu. So kita akan singgah Tapah sekejap. Then kita meneruskan perjalanan balik ke Penang…
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ

