Along dan Kak Ya menyertai Kem Kemantapan Dan Ujian Kenaikan Bengkung pada 26-27.8.23 di Masjid SPS yang lepas. Seronok along dan kak ya merasa pengalaman pertama bermalam di kem, dengan diisi dgn pengisian seperti latihan intensif silat, ceramah motivasi dan aktiviti solat dan pengisian rohani bersama kawan-kawan. Syabas anak-anak mama abah. Semoga sentiasa mengekalkan semangat dalam mempelajari ilmu berguna ini. Biar sampai ke bengkung hitam cula 💪💪

Hari Pertama (26.8.23)

Pagi-pagi lagi Along & Kak Ya perlu hadir mendaftar diri di tempat kem. Selesai pendaftaran dan sarapan pagi, program seharian pun bermula. Dari pagi hingga malam aktiviti dipenuhi dengan sesi latihan dan motivasi. Keesokkannya adalah hari ujian.

Hari Kedua (27.8.23)

Di hari kedua, bermula dari pagi, penilaian pun bermula. Kak Ya di nilai dulu, baru Along pulak selepas itu. Alhamdululillah, semuanya berjalan lancar.

Selesai ujian silat di sebelah pagi, sebelah petang adalah acara istiadat penyerahan bengkung kepada pesilat yang berjaya. Along terpilih untuk persembahan demo silat 💪

Selesai acara demo silat, di akhiri dengan istiadat penyerahan bengkung. Alhamdulillah, Kak Ya dan Along berjaya untuk tahap pertama ini. Semoga Along dan Kak Ya terus bersemangat mempelajari ilmu persilatan

Jom tengok video diorang

🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋

Leave a comment