25.5.23 (Khamis)

Trip ke Langkawi kali ini merupakan trip of the year kita sekeluarga, trip yang dinanti sejak mama abah rancang pada tahun lepas. Memang dah lama mama abah teringin (especially abah) nak pergi ke LIMA (Langkawi International Maritime & Aerospace). Sebaik tahu LIMA23 dilancarkan pada pertengahan tahun lepas, mama abah terus block date dan booking hotel dulu.

Bila tarikh makin hampir, 2 bulan sebelum tu mama abah dah mula booking tiket feri, kereta sewa, tiket venue, dan tentatif exhibition. Alhamdulillah, semua dipermudahkan.

Perjalanan semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Kita tiba di Langkawi pada sebelah petang 25hb dan menginap di Apartment Sr Lagenda, Kuah. Hari pertama kita hanya berehat di apartment pada sebelah malam. Hanya keluar menikmati makan malam. Esoknya kita akan mengharungi hari yang mencabar.

26.5.23 (Jumaat)

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Awal pagi lagi kena bangun untuk gerak awal ke MIEC (Mahsuri International Exhibition Center). Bertolak seawal 8am untuk sarapan dan terus ke MIEC. Jam 9am kita dah sampai, tapi rupanya ramai lagi orang dah tiba awal dari kita. Keadaan agak tidak terkawal semasa kita beratur untuk masuk ke dalam tempat scanning pintu masuk. Sampai ada jugak pengunjung yang marah-marah sebab sistem agak tidak terkawal. Mungkin sebab hari pertama dibuka kepada orang awam, petugas mungkin tidak menjangka orang sangat ramai. Lama juga terpaksa berasak dan beratur untuk masuk sehinggakan kita terlepas airshow August 1st (China) dan 15 minit pertama Black Eagle (Korea). Yang selebihnya, jom tengok video mama rakam ni.

Cuaca agak tidak mengizinkan kita berada di outdoor exhibition lebih lama, hujan tak menentu. Kita semua amat penat selepas airshow, dan kalut cari air di cafe indoor (dalam rules regulation ada mention tidak dibenarkan membawa botol minuman,jadi kita pun tak bawaklah). So mama abah decide untuk keluar dulu jam 1pm untuk lunch dan KIV ke Bukit Pemandangan Indah Look Out Point sebelah petang. Tapi akhirnya, kita melepak saja di apartment sehingga malam kerana hujan lebat sepanjang petang. Airshow pun banyak yang diberhentikan pada petang itu atas sebab faktor cuaca. Harap rezeki kita lebih baik untuk hari esok.

27.5.23 (Sabtu)

Untuk misi hari kedua ke LIMA ni, kita bangun lebih awal dari semalam. Dijangka hari ini pengunjung lebih ramai daripada semalam memandangkan cuti sekolah telah pun bermula dan hari ini hujung minggu. Jadi kita anjak jadual kita lebih awal sejam. Jam 7am kita sudah keluar rumah dan singgah sarapan dulu. Dalam jam 8.30am kita sudah sampai di MIEC dan beratur untuk masuk ke pusat pameran.

Kali ni sistem lebih teratur dan seperti yang dijangka, memang pengunjung tersangatlah ramai. Tapi disebabkan kita antara batch yang pertama masuk ke outdoor area, kita berjaya dapat port viewing paling depan sekali, alhamdulillah. Jom layan video ni.

Kita berjaya jelajah semua seksyen outdoor dan indoor exhibition!! Mission accomplished. Memang kita semua puas hati dan gembira sangat. Letih memang tak boleh digambarkan tapi tak mengapa, sekali sekala.

Keluar dari MIEC, sempatla kita menyinggah kedai-kedai yang buat jualan merchandise LIMA23. Masing-masing dapat habuan 😁

28.5.23 (Ahad)

Hari ini hari terakhir kita di Langkawi. Sempat juga menikmati sarapan di Warung Nasi Dagang Pak Malau dan selepas itu kita pergi plane spotting di Bukit Pemandangan Indah Look Out Point.

Selepas itu kita bergegas pulang ke apartment dan packing untuk balik ke Penang. Feri jam 1.30pm. Hati masing-masing masih tak boleh move on nak tinggalkan Langkawi. Mata masing-masing asyik melihat ke langit bila terdengar bunyi deruan enjin heli, jet atau kapal terbang. Takpe anak-anak, insyaAllah kita akan datang semula untuk LIMA25. Doakan dipermudahkan urusan kita semua.

✈🚁✈🚁✈🚁✈🚁✈🚁

#lima2023 #lima2023news #lima #lima2023langkawi #limalangkawi #lima2023defenseexhibition #viral #komando #latihantentera #airforce #pilottudm #pegawaitudm #tenteralaut #airboxerunmannedhelicoptersystem #pegawaikadet #tenteraudara #tenteradarat #bekastentera #airrecognition #tdm #tenteramalaysia #navy #army #tudm #tldm #fighterpilottudm #askar #paskau #paskal #airshow

Leave a comment