Cuti sekolah sempena cuti CNY kali ni agak panjang…jadi boring jugak kalau kita tak kemana-mana kan. Last minute jugak ni decide nak staycation. Tapi tak plan untuk holiday yang lama sangat. Abah ajak gi Perlis, cukup untuk 2 hari 1 malam je. Kita fokus pada tempat tertentu je.
Tempat utama yang dituju ialah Padang Besar. Abah nak ajak kita shopping baju-baju sikit. Jadi nak memudahkan pergerakan, kita stay di homestay yang berdekatan dengan Padang Besar.
Tak rushing sangat pun, kita chill-chill je kali ni. Santai-santai. Sampai je Padang Besar, kita terus gi ke Arked Niaga Padang Besar, memang tempat wajib. Orang punya la ramai… sesak. Jadi tak berapa selesa sikit nak beli belah. Nak makan lunch pun kita cari tempat yang luar kawasan arked. Terlampau sesak. Cuaca pulak panas
Shopping pun cepat-cepat sebab tak larat nak meninjau banyak kedai sebab tak larat nak mengharung lautan manusia yang sesak.. haha. Apa-apa pun masing-masing dapatla beli apa yang dihajati.
Lepas penat shopping dan lunch, kita check in homestay untuk melepaskan lelah. Dah hilang penat sikt, menjelang lewat petang, kita ke Tasik Timah Tasoh untuk tengok sunset. Abah pun nak ambik gambar sunset sikit katanya…
Tengok sunset sedar-sedar dah pukul 8 malam. Kita sambung lepak di kawasan rekreasi yang berdekatan dengan Tasoh Lake Resort. Ada Fire Show dan Taman Bunga Lampu Lampu lah!! Jom kita tengok video part 1 ni
Habis selesai berjalan di sekitar Tasoh Lake Resort tu, hari sudah lewat malam. Sudah tiba masanya untuk kita semua balik ke homestay untuk berehat. Esok pagi kita semua akan bangun awal pagi untuk melihat sunrise di suatu tempat hot spot pelancong di Perlis.
Mama yang paling awal bangun pagi untuk bersiap. Kejutkan Along dan Kak Ya untuk bangun bersiap dan solat subuh, seterusnya abah dan last sekali Haikal. Perlu bergerak cepat untuk kejar waktu sunrise dan spot yang baik untuk shoot gambar dan momen itu.
Alhamdulillah, kita sampai on time di Wang Kelian View Point dan dapat tempat yang sesuai untuk menyaksikan momen tu. Dari atas view point tu kita dapat melihat panorama indah di sekitar negeri Perlis, bukit bukau, tasik dan hutan nan menghijau. Jom kita tengok video ni.
Turun dari Wang Kelian View Point, kita singgah breakfast di restoran berhampiran dan seterusnya balik ke homestay untuk berkemas dan check out.
Selepas check out, kita ke destinasi yang terakhir, Gua Kelam dan Secret Garden. Ini pengalaman pertama anak-anak mama masuk ke dalam gua. Jom tengok video kita berjalan di dalam Gua Kelam dan Secret Garden di sebalik gua ini.
Akhirnya tamat sudah program jelajah Perlis kita kali ini 😁. Semua letih tapi puas. Tentatif kita padat tapi semua ok, alhamdulillah. On the way balik ke Penang, kita sempat singgah ke tempat makan viral Nipah Klasik untuk merasa pengalaman makan di dalam paya nipah.
Perlis, semoga kita ketemu lagi di lain masa
⛰⛰⛰⛰⛰⛰⛰⛰⛰⛰